masak lemak telur itik

Masak lemak telur itik memang sedap, tapi kadang-kadang telur boleh pecah dalam kuah. Untuk mengelakkan masalah ini, ada satu petua mudah yang boleh dilakukan.

Kalau nak tahu apakah petua itu, mari baca artikel ini dengan lebih lanjut bagi memastikan telur dalam kuah masak lemak tidak ‘berselerak’. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Sup Sawi Dengan Bebola Ikan, Lauk Legend Mak Kita Dulu-Dulu

TIP MASAK LEMAK TELUR ITIK TAK PECAH DALAM KUAH

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur itik
  • 3 inci kunyit hidup
  • 4 biji cili padi
  • Segenggam pucuk labu (diiris)
  • 3 helai daun kunyit (dihiris)
  • 5-6 biji belimbing buloh
  • Santan secukupnya

Cara-cara:

1. Rebus telur itik terlebih dahulu dalam air yang dicampur dengan 2 sudu cuka (guna cuka epal jika ada).

masak lemak telur itik

2. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup sehingga lumat.

3. Kemudian, campurkan campuran cili dan kunyit dengan santan, kemudian reneh sebentar.

4. Masukkan bahan yang dihiris seperti pucuk labu dan daun kunyit ke dalam santan.

5. Setelah itu, masukkan telur itik yang telah direbus tadi.

6. Akhir sekali, masukkan belimbing buloh dan biarkan masak sebentar.

7. Tutup api dan siap untuk dihidangkan. Selamat menncuba!

masak lemak telur itik

Kredit resipi dan gambar: Muhammad Kairul

Baca juga: Cara Buat Sos Pencicah Serba Guna, Makan Dengan Apa Pun Pasti Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN