Categories: Resipi

Masak Lemak Labu, Ikut Cara Ini Kuah Tak Cair & Labu Tak Hancur!

Resipi masak lemak labu hari ini memang sangat sesuai dijadikan menu hujung bulan atau ketika tiba masa anda ingin mengosongkan peti ais rumah.

Menu ini sangat simple dan sedap. Selain itu, bahan-bahan juga tidak renyah seperti bawang besar, serbuk lada hitam, sebiji labu, santan serta cili merah.

Kebiasaannya, hidangan ini akan dipadankan bersama sambal belacan, ikan goreng ataupun ayam goreng. Hanya dengan 3 jenis lauk sahaja, anda akan makan berselera!

Jom kita lihat resipi perkongsian oleh Cik Puan Noor Ashikin Saerah ini.

Baca lagi: Resepi Kuih Bingka Pandan Tanpa Pewarna, Rasa Pandan Terlebih Asli

RESIPI MASAK LEMAK LABU

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1 biji cili merah (belah dua atau hiris)
  • 1 helai daun kunyit (dicarik)
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam kasar (pilihan)
  • 1 biji labu (250-300g), dipotong kecil
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 cawan air
  • ½ cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali.

2. Masak dengan api sederhana sehingga labu menjadi empuk.

3. Perasakan dengan garam secukupnya.

4. Kacau sesekali untuk mengelakkan santan pecah minyak.

5. Setelah labu empuk dan kuah masak, hidangan siap untuk dihidangkan.

Hidangan ini sangat mudah disediakan dan amat menyelerakan bila dimakan bersama lauk sampingan seperti ayam goreng atau sambal belacan.

Selamat mencuba resipi yang sangat mudah tapi boleh buat kecur air liur ini!

Sumber: Noor Ashikin Saerah 

Baca lagi: Nasi Goreng Ayam 90an Cara SIMPLE, Nostalgia Terimbau Zaman Dulu-Dulu

Aisha Qistina

Recent Posts

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

2 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

2 days ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

2 days ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

2 days ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

2 days ago

Ayam BBQ Crunchy Menu Popular Untuk Potluck Anak, Sekali Bawa Ke Sekolah Memang Licin!

Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…

2 days ago