Masak lemak labu bayam merupakan antara hidangan ringkas yang sesuai disediakan untuk makan tengah hari. Rasa lemak santan yang digabungkan dengan sedikit rasa manis daripada labu menjadikan lauk ini cukup menyelerakan. Lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama ayam atau ikan goreng panas-panas.
Untuk menyediakannya, rebus labu sehingga empuk terlebih dahulu. Kemudian, masukkan ikan bilis, bawang merah dan bawang putih yang telah dicincang halus. Tuangkan sekotak kecil santan, diikuti bayam, garam dan bahan perasa secukupnya. Gaul sehingga sebati dan biarkan kuah mendidih.
Resipi ini tidak memerlukan banyak persediaan dan sesuai dijadikan lauk harian. Tekstur labu yang lembut bersama kuah santan yang berlemak memberikan kelainan pada hidangan sayur. Boleh juga dijadikan pilihan apabila ingin menyediakan lauk berkuah tanpa perlu menghabiskan masa yang lama di dapur.
Baca juga: Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!
Bahan-Bahan:
Cara Penyediaan:
Sumber: Threads @hanieysuhaimin
Baca juga: Khasiat Labu Siam Ramai Tak Tahu, Sayur Murah Ini Rupanya Ada Banyak Manfaat Untuk Tubuh!
Kalau biasa menikmati cucur atau kuih tradisional sebagai hidangan minum petang, apa kata cuba pula…
Cara buat bingka ubi sendiri di rumah tidaklah sesukar yang disangka. Kuih tradisional ini cukup…
Kadang-kadang, lauk yang ringkas dengan gabungan rasa pedas, masin dan sedikit manis inilah yang paling…
Siapa agaknya nama yang paling menyerlah dalam dunia hiburan dan budaya pop tempatan sepanjang tahun…
Resipi sambal udang simple ini sesuai dijadikan pilihan kalau buntu memikirkan menu lauk untuk makan…
Kuih seri muka pandan merupakan antara kuih tradisional yang digemari ramai kerana gabungan pulut berlemak…