masak lemak ikan kembung

Cara buat masak lemak ikan kembung ini agak berbeza dengan masak lemak biasa, tapi yang pasti rasanya memang sedap dan memikat.

Jika anda inginkan kelainan, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Hamizah Yatim di bawah.

Baca juga: Resipi Ikan Sambal Minang, Masak Guna Cara Ini Boleh Tahan Lama!

RESEPI MASAK LEMAK IKAN KEMBUNG

masak lemak ikan kembung

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung (direbus dan ketepikan)
  • 13 biji cili api*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • Segenggam kencur*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1 inci halia*
  • 2 cawan santan
  • 2 keping asam keping
  • Serbuk pati sedap (mengikut selera)
  • Air secukupnya
  • 4 biji tomato (dipotong)
  • 5 biji bendi

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan bertanda (*) dengan sedikit air hingga halus.
  2. Kemudian, panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar tadi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan 2 cawan air dan asam keping. Biarkan mendidih selama lebih kurang 5 minit.
  4. Selepas itu, masukkan bendi dan biarkan masak hingga bendi empuk.
  5. Jika bendi sudah empuk, tambahkan santan dan ikan kembung, biarkan sebati selama 2 minit.
  6. Jangan lupa perasakan dengan serbuk pati sedap mengikut selera.
  7. Masukkan tomato dan biarkan mendidih selama 2 minit sebelum menutup api.

Sumber: Hamizah Yatim

Baca juga: Resipi Kuah Tiga Rasa Asli Thai, Curah Atas Ikan Siakap Rangup Memang Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN