masak lemak ikan

Pastinya ramai yang menggemari lauk masak lemak ikan. Kali ini, jom cuba kelainan dengan memasak resepi ikan keli masak lemak cekur.

Semerbak bau cekur yang harum pastinya sangat membuka selera sesiapa sahaja. Ada lauk ini satu pun dah cukup nikmat bila dimakan dengan nasi putih.

Jika ada yang ingin mencuba, jom lihat resipi penuh yang merupakan hasil perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, Naddy’s Kitchen.

Baca juga: Resipi Ikan Keli Berlada Padu, Ikut Cara Ini Tak Meletup-Letup Bila Goreng!

RESEPI MASAK LEMAK IKAN KELI CEKUR

masak lemak ikan

Bahan-bahan:

  • Ikan keli atau talapia (boleh salai atau digoreng)
  • Cili padi kampung*
  • Cili padi merah*
  • Bawang putih*
  • Bawang merah*
  • Ubi cekur*
  • Daun cekur*
  • Santan secukupnya
  • Air secukupnya
  • Garam, gula dan perasa mengikut selera

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis semua bahan bertanda (*) sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan air dan santan, kacau rata.
  3. Masukkan ikan yang telah digoreng atau disalai.
  4. Perasakan dengan garam, gula dan perasa mengikut citarasa.
  5. Akhir sekali, masukkan hirisan daun cekur dan biarkan masak seketika selama 5–10 minit supaya aroma cekur meresap ke dalam kuah.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Sumber resipi dan gambar: Naddy’s Kitchen

Baca juga: Resipi Sup Ikan Kuning Padu, Rasa Segar Masam Pedas Buat Orang Hirup Kuah Sampai Licin!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN