Categories: Resipi

Resipi Daging Kicap Kuah Hitam Pekat, Bila Masak Bau Wangi Semerbak Dalam Rumah!

Masak kicap daging adalah antara hidangan yang mudah disediakan di rumah. Resipi ini menggunakan bahan-bahan mudah tapi menghasilkan aroma yang pasti memikat selera seisi keluarga.

Menu ini juga sangat sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam. Boleh dimasak dalam masa yang singkat, namun rasanya tetap padu bila dinikmati bersama nasi putih panas.

Baca juga: Resipi Daging Air Asam Yang Lembut, Rasa Pedas Masam & Confirm Menggiurkan!

RESIPI MASAK KICAP DAGING YANG MUDAH DAN SEDAP

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging (dipotong mengikut saiz yang sesuai)
  • Halia (sebesar ibu jari)
  • Bawang merah (2–3 biji)
  • Bawang putih (5 ulas)
  • Cili kering (10 tangkai)
  • 3 sekawan (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
  • Minyak untuk menumis
  • Sos cili (secukupnya)
  • Sos tomato (secukupnya)
  • Kicap manis (secukupnya)
  • Garam, serbuk perasa (jika perlu)
  • Gula (sedikit jika perlu)
  • Bawang holland (1 biji, dihiris)
  • Cili besar & cili api (secukupnya)
  • Kentang (jika suka, digoreng dahulu)
  • Air (secukupnya untuk merebus daging)

Cara memasak:

  1. Kisar halia, bawang merah, bawang putih dan cili kering sehingga benar-benar lumat.
  2. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumis 3 sekawan (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang) sehingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar tadi dan kacau rata sehingga wangi.
  4. Masukkan daging bersama sedikit air rebusan. Tambahkan sos cili, sos tomato dan kicap manis. Masak sehingga daging agak kering dan rasa seimbang.
  5. Tambahkan garam, serbuk perasa dan gula sedikit jika perlu.
  6. Masukkan bawang holland (dihiris), cili besar dan cili api. Kacau rata dan masak seketika sehingga semua bahan sebati.
  7. Jika mahu, boleh masukkan kentang yang digoreng dahulu. Masak sebentar sebelum dihidangkan.

Sumber: CT Nazura

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Daging Padu, Punyalah Sedap Sampai Masak Sekuali Pun Tak Cukup!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

3 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

4 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago