rider

Baru-baru ini, luahan seorang wanita mencuri tumpuan ramai apabila dia meluahkan rasa tidak puas hati dengan perkhidmatan penghantaran makanan (rider).

Namun luahannya tentang rider Foodpanda itu telah menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengkritik tindakan wanita itu yang dikatakan langsung tidak bertolak ansur.

Menerusi video yang dikongsikan ini, wanita tersebut memberitahu dia berasa bengang apabila rider Foodpanda itu tidak menghantar pesanannya sehingga di hadapan pintu rumah.

Baca juga: “Ekstra Seasoning..” Tular Video Gaul Ayam Tak Pakai Sarung Tangan, Netizen Geli

Menurutnya, sebelum ini dia tinggal di kondominium di mana rider tidak dapat menghantar pesanan hingga ke depan pintu rumah dan dia faham mengenai prosedur tersebut.

Namun baru-baru ini, dia pulang menetap di sebuah pangsapuri di kampungnya dan berasa marah apabila rider tidak mahu naik ke atas untuk menghantar pesanan.

Dia kemudiannya mula bergaduh di ruangan mesej bersama rider tersebut dan mahu membatalkan pesanannya itu gara-gara rider tidak menghantar sehingga di depan pintu rumahnya.

Video Penuh:

Perkongsian wanita itu turut menimbulkan kemarahan netizen di mana ramai yang menganggap dia tidak mahu bertolak ansur dengan rider tersebut dengan cara yang baik.

Ada juga yang memberitahu kebiasaannya memang pelanggan sendiri yang akan turun ke bawah dan mengambil pesanan kerana tidak mahu menyusahkan rider.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berkongsikan pandangan mereka dengan situasi yang dikongsikan ini.

Netizen turut menasihati wanita itu untuk lebih bertimbang rasa dengan para rider yang tidak mampu untuk naik ke rumah pelanggan di atas beberapa faktor seperti risau kecurian makananan yang ditinggalkan di dalam food box.


Apa pula pandangan korang?

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN