Categories: Resepi

Manisan Turki Yang Berasaskan Keju, Jom Cuba Resepi Kunafa Hanya Guna Air Fryer!

Korang perasan tak sekarang, manisan daripada negara Turki ini semakin dikenali dan sudah ramai orang mula  menjualnya. Ini kerana rasa kunafa ini memenuhi citarasa masyarakat Malaysia.

Bahan utama kunafa ini adalah keju makan rasanya memang enak lagi-lagi dimakan semasa masih panas. Jom cuba resepi kunafa ini hanya dengan menggunakan air fryer.

Bahan-bahan

  • 1 cawan gula
  • 1/2 biji jus perahan lemon
  • 1 sudu air mawar
  • Vermicelli atau pastri Kaitaify
  • 1/2 cawan mentega
  • 1 cawan susu
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 sdb esen vanila
  • 100gm cream cheese
  • Kacang pistachio – dicincang kasar
  • Keju mozzarella atau keju Akkawi

CARA PENYEDIAAN

  1. Siapkan sirap terlebih dahulu dengan campurkan 1 cawan air, 1 cawan gula, 1/2 biji just perahan lemon dan 1 sudu air mawar. Renehkan sehingga ia menjadi pekat.
  2. Kemudian, ramaskan vermicelli menjadi pendek. Masukkan 1/2 cawan mentega dan gaulkannya bersama vermicelli sehingga ia menjadi lembab.
  3. Sediakan sos krim pula dengan 1 cawan susu, 2 sudu tepung jagung, 1 sudu gula, esen vanila dan cream cheese renehkan sehingga menjadi pekat.
  4. Sediakan loyang, masukkan vermicelli ratakan sehingga mampat lebih kurang tebal 1 inci.
  5. Letakkan sos krim di atasnya dan lapiskan bersama keju mozzarella.
  6. Letakkan sos krim lagi di atas keju tersebut dan tutup bersama vermicelli.
  7. Bakar dalam air fryer, suhu 140 darjah selama 20 minit.

Siap dan selamat mencuba!

Sumber: Ena Mohd Arip

 

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

1 day ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

1 day ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

1 day ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

1 day ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

1 day ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

1 day ago