Antara teknik supaya tidak perlu memasak banyak lauk adalah dengan menyediakan sambal segera seperti sambal padang ini.
Bila tiba waktu makan, anda hanya perlu menggoreng ayam atau lauk pilihan. Kemudian cedokkan sambal dan letak di atas lauk.
Nak cuba? Ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Khabbab Jamalludin di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Buat Stok Bahan Kisar Supaya Tahan Lama, Mudah Bila Nak Masak!
1. Masukkan semua bahan-bahan kisar dalam pengisar. Kuantiti agak-agak sahaja. Tambahkan sedikit air dan kisar kasar.
2. Kemudian tumis dalam minyak yang betul-betul panas. Guna minyak banyak dalam separuh lebih dari jumlah bahan kisar.
3. Bila dah bertukar warna sikit, perlahan api. Tutup menggunakan tudung periuk dan kacau sekali sekala.
4. Bila hampir kesemua permukaan dah tertutup sikit-sikit dengan minyak, boleh masukkan asam keping, gula, garam, daun limau purut dan sedikit ajinamoto. Tutup sekejap dalam 5 minit, kemudian boleh tutup api.
5. Sejukkan sambal, kemudian simpan dalam bekas kaca. Sambal sedikit berminyak kerana minyak itu yang buat sambal tahan lama. Simpan dalam peti sejuk (bukan beku). Bila nak makan, senduk dalam mangkuk dan panaskan dalam microwave selama 1 minit.
6. Buat ayam goreng kunyit, tambah sambal ini terus jadi luar biasa.
7. Terung goreng dalam sedikit minyak, tambah sedikit sambal atasnya.
Kredit: Khabbab Jamaluddin
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…