Hujung minggu ini jomlah mencuba satu resipi yang sangat pantas untuk dibuat iaitu makaroni carbonara. Kurang 20 minit sahaja masa penyediaan.
Makaroni ini juga sedap dimakan ketika masih panas berasap dan berlemak hasil daripada penggunaan keju. Anak-anak mesti tak sabar nak menunggu juadah ini siap terhidang.
Apa lagi? Jom baca perkongsian oleh pengguna laman sosial Facebook ini.
Baca juga: Ikan Rebus Asam Style Pantai Timur, Ini Rahsia Supaya Rasa Lebih ‘Kick’
RESIPI MAKARONI CARBONARA
Bahan-bahan:
Macaroni/Pasta:
- 1 gelas macaroni atau pasta, direbus mengikut arahan di belakang pek bungkusan.
Bahan Kuah:
- 1 tin sos carbonara mushroom (jenama pilihan)
- 3 sudu besar butter
- 1 biji bawang Holland, dihiris
- 2 ulas bawang putih, dicincang
- 1 kotak kecil air susu (apa-apa jenama)
- 1 kotak kecil cooking cream
- 1 tin cendawan butang, dilalukan bawah air dan dihiris
- 1 sudu besar lada hitam
- 2 ketul kiub pati ayam
- 2 sudu kecil gula
- 1/2 sudu kecil mushroom seasoning
- 2 keping cheese
- Isi ayam pop corn yang telah digoreng
Cara Penyediaan:
1. Cairkan butter dalam kuali. Tumis bawang Holland dan bawang putih hingga perang.
2. Masukkan cendawan yang telah dihiris dan tumis lagi hingga layu.
3. Tuang sos carbonara mushroom ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan air susu, kiub pati ayam, gula, cooking cream, dan cheese. Kacau hingga semua bahan sebati dan kuah mula mendidih.
5. Masukkan macaroni yang telah direbus, lada hitam, dan isi ayam pop corn yang telah digoreng. Kacau rata.
6. Setelah semuanya sebati dan masak, macaroni carbonara anda siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Sumber: Aisyah Humaira
Baca juga: Resipi Pengat Labu Lemak Manis, Kuah Yang ‘Creamy’ Sangat Mengiurkan!