Categories: Infomasi

8 Makanan Sempena Sambutan Tahun Baru Cina & Simbolik Di Sebaliknya, Baru Tahu!

“Makanan tahun baru Cina ini bukan saja tak lengkap kalau tak ada, rupanya ada simbolik di sebalik makanan tersebut…”

Tahun Baru Cina semakin hampir dan seperti biasa, masyarakat Cina akan berkumpul bersama keluarga untuk meraikan ‘reunion dinner’ pada malam sebelum perayaan bermula.

Seperti sambutan Aidilfitri, masyarakat Cina juga akan pulang ke kampung atau menjenguk keluarga dan rakan-rakan bagi meraikan Tahun Baru Cina. Bagi yang tidak dapat pulang, pilihan makan di restoran dengan pakej makan besar.

Mari kita lihat hidangan-hidangan khas Tahun Baru Cina yang wajib disajikan sempena Tahun Baru Cina. Setiap hidangan bukan sahaja menggoda selera, tetapi juga mempunyai simbolik tersendiri yang membuatnya lebih istimewa.

Baca juga: Cara Buat Yee Sang Ala Jepun Sempena Tahun Baru Cina, Mudah Je Buat Di Rumah!

8 MAKANAN TAHUN BARU CINA WAJIB ADA & SIMBOLIKNYA

1) Yee Sang

Yee Sang merupakan hidangan simbolik setiap kali tibanya perayaan Tahun Baru Cina. Kalau tak ada, memang tak lengkap! Seperti ramai sedia maklum, hidangan ini adalah sejenis salad yang mengandungi pelbagai hirisan sayuran dan kepingan ikan mentah. Selain itu, ia juga mempunyai maksud dan simbolik tersendiri iaitu kemewahan, kemakmuran dan kebahagiaan.

2) Mi Panjang Umur

Hidangan ini merupakan simbol kebahagiaan dan umur panjang sejak zaman Dinasti Han lagi. Mi panjang umur atau ‘yi mein’ tidak hanya menjadi hidangan utama semasa Tahun Baru Cina, tetapi juga menjadi santapan istimewa semasa sambutan hari jadi. Cara menikmati mi panjang umur adalah perlu makan dari hujung ke hujung tanpa memutuskannya ketika makan, jika tidak, permintaan anda tidak akan tertunai.

3) Ladu

Penggemar makan Jepun pasti pernah makan gyoza kan? Dalam bahasa Mandarin, gyoza dipanggil jiaozi. Tiada beza pun, kedua-duanya adalah ladu. Bagi mereka yang meraikan Tahun Baru Cina, ladu membawa simbol kekayaan. Variasi inti ladu ialah daging cincang, ketulan udang, ikan dan sayur. Anda bebas memilih cara penyediaan ladu mengikut selera anda, sama ada dengan merebus, mengukus, menggoreng, atau membakarnya.

4) Ikan

Ikan sering menjadi hidangan utama ketika ‘reunion dinner’ diadakan. Dalam bahasa Cina, yú bermaksud tuah, kelimpahan dan keuntungan pada tahun yang mendatang. Cara menyediakan ikan yang terkenal dalam masyarakat Cina adalah dengan cara mengukus atau stim kerana ia membawa makna tuah yang melimpah-ruah. Antara pilihan ikan yang popular termasuklah bawal, kerapu, siakap dan ‘chinese mud carp’.

5) Makanan Tahun Baru Cina – Popia

Popia sememangnya terkenal di serata Asia dengan variasi nama dan cara penyediaan mengikut negara. Ia sering dihidangkan sebagai pembuka, sarapan pagi, atau minum petang. Intinya pula ialah sayur, daging atau sesuatu yang manis. Jadi apa sinonimnya popia dengan Tahun Baru Cina? Untuk pengetahuan, masyarakat Cina percaya bahawa ia adalah hidangan simbol kekayaan.

6) Makanan Tahun Baru Cina – Kek Beras Pulut

Seperti perayaan kaum lain, pelbagai jenis manisan menjadi hidangan wajib Tahun Baru Cina, termasuk kek beras pulut atau ‘nian gao’. Masyarakat Cina percaya ‘nian gao’ bermaksud ‘semakin tinggi tahun demi tahun’. Bahan-bahan utama yang digunakan adalah pulut beras, kansui, gula, buah berangan, kurma Cina, dan daun bunga teratai.

7) Bebola Pulut Manis

Bebola pulut manis hampir serupa dengan ladu, cuma ianya berbentuk bulat dan dibuat menggunakan tepung pulut seakan mochi. Seperti ladu, ia boleh diisi dengan pelbagai inti seperti bijan, kacang, atau manisan yang leleh dalam mulut. Rasanya sungguh lazat dan menarik dengan warna-warni bebolanya. Hidangan ini merupakan menu wajib ada semasa ‘reunion dinner’ kerana melambangkan hubungan kekeluargaan yang kukuh.

8) Buah Limau

Sempena Tahun Baru Cina, buah-buahan tidak ketinggalan untuk dijamu pada ‘reunion dinner’, terutamanya buah oren. Berbentuk bulat dan berwarna keemasan, buah oren melambangkan kemewahan dan kejayaan. Selain itu, terdapat juga kepercayaan yang menyatakan bahawa memberi limau mandarin dengan daun adalah lambang panjang umur

Sumber: Miss Mynah

Baca juga: Doktor Kongsi Cara Betul Makan Limau Mandarin, Elak Batuk & Sakit Tekak

Wan N

Recent Posts

Alamak! Barang Dapur INI Nampak Bersih Tapi Sebenarnya Penuh Kuman, Ramai Guna Setiap Hari

Dapur yang kemas dan bersih bukan bermakna semua peralatan di dapur bebas daripada kuman. Ada…

9 hours ago

Resipi Pulut Kuning Kelantan Yang Lembut, Berkilat & Cukup Lemaknya, Jangan ‘Skip’ Langkah Kukus Dua Kali Ini

Resepi pulut kuning Kelantan mendapat tempat di hati ramai. Pulutnya lembut, berlemak dan cukup sedap…

10 hours ago

Resipi Chawanmushi Sedap & Lembut Ala Dekat Restoran Jepun, ‘First Time’ Buat Pun Terus Menjadi!

Resepi chawanmushi merupakan antara hidangan Jepun yang cukup terkenal dengan teksturnya yang lembut, licin dan…

11 hours ago

Cara Masak Ayam Kicap 3 Budak Gemok, Ada Bahan Rahsia Ini Yang Buat Rasa Lagi Sedap!

Kalau mencari ayam 3 budak gemok, resipi ini antara menu ayam yang mudah tetapi cukup…

13 hours ago

Cara Buat Pancake Gebu Guna 2 Bahan Utama Saja, Tetap Lembut Tanpa Guna Baking Powder!

Kalau anda sedang mencari cara buat pancake gebu yang mudah, resipi ini memang wajib dicuba.…

16 hours ago

Petua Jika Terkena Minyak Panas Ketika Memasak, Ini Langkah Pertama WAJIB Buat!

Petua jika terkena minyak panas penting diketahui oleh setiap orang yang selalu berada di dapur,…

1 day ago