Categories: Resipi

Resipi Apam Pisang Kukus, Guna Acuan Lompang Kecil Comel Kejadiaannya!

Kalau ada banyak pisang di rumah, apa kata jom gunakan pisang itu untuk mencuba resepi apam pisang ini.

Apam pisang ini sesuai dihidangkan pada jamuan atau masjlis keramaian disebabkan oleh saiznya yang kecil comel.

Teksturnya yang lembut dan gebu juga pasti akan digemari oleh sesiapa saja tidak kira muda atau tua. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Apam Solo Inti Kacang Merah, Cantik Sangat Sayang Nak Makan!

RESEPI APAM PISANG KUKUS

Bahan A:

  • Telur gred B 2biji
  • Minyak 1 cawan
  • Gula 1 cawan
  • Garam sedikit
Bahan B:
  • Tepung gandum rose 2 cawan
  • Soda bikarbonat 2 sudu teh
  • Baking powder 1 sudu teh

Cara-cara:

  1. Campurkan bahan A dan B.
  2. Masukkan pisang yang dilecek 1 dan 1/2 cawan (pisang berangan-pisang mesti lecek/tenyeh sahaja jangan blend/kisar ya sebab kita nak urat pisang tu naik).
  3. Masuk dalam piping bag dan masuk kn dlm acuan lompang 3/4. Letak hirisan pisang.
  4. Jika nk buat perisa chocolate boleh tambah serbuk koko 1/2 cawan serta chocolate coin yang telah dicairkn 1/2 cawan pada adunan A.
  5. Kukus selama 15minit. Dilarang buka penutup pengukus pada 10 minit terawal kerana apam sedang naik dengan jayanya.
  6. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Nurul Atikah Abu Hassan

Baca juga: Resipi Apam Mekar Guna Sukatan Cawan, ‘First Time’ Buat Pun Cantik Elok

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago