Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah punca buasir yang sering dihadapi oleh sesetengah orang.
Untuk pengetahuan anda, buasir berlaku apabila pembuluh darah vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur membengkak dan membesar.
Apabila vena ini berkembang, ia akan cenderung untuk luka semasa membuang air kerana bergeser dengan najis. Kesan dari geseran ini boleh menyebabkan pendarahan dan juga rasa sakit pada dubur.
Baca juga: Jenis Sayur Yang ‘Berangin’, Patutlah Perut Kembung & Sakit-Sakit Badan
Buasir ini boleh berlaku secara berulang-ulang. Malah ia juga boleh pecah, terutamanya ketika meneran.
Jika buasir makin memburuk, pesakit harus mengelakkan makanan yang boleh memburukkan lagi keadaan tersebut.
Berikut ini berbagai macam pantangan makanan yang tidak boleh dimakan pesakit buasir:
1. Cabai Dan Sambal
Makanan pedas seperti cili dan sambal mempunyai akan memburukkan lagi buasir disebabkan oleh kandungan capsicum yang terkandung di dalam cili. Pendarahan yang terjadi di dubur juga akan menjadi lebih parah.
2. Makanan Asam
Makanan yang berasid juga tidak boleh dimakan oleh pesakit buasir. Rasa asam yang dihasilkan dari makanan asid tersebut akan menghasilkan rasa pedih ketika sedang membuang. Oleh itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan tersebut dan sebaiknya perlu dielakkan. Makanan asam juga merupakan makanan pantang asam lambung.
3. Makanan Tidak Beserat
Makanan yang keras sangat tidak baik untuk pesakit buasir kerana ia akan membuat najis menjadi keras. Dubur yang sudah luka akan kesulitan mengeluarkan najis tersebut. Pesakit akan merasakan kesakitan ketika mengeluarkan najis yang keras.
4. Makanan Dengan Serat Berlebihan
Banyak orang menyarankan pengambilan makanan kaya serat yang cukup kerana dipercayai boleh melancarkan pencernaan. Namun apakah yang akan terjadi jika mengambil serat yang berlebihan?
Serat yang berlebihan akan terkumpul pada usus. Ia akan menghasilkan najis bersaiz besar dan dubur harus bekerja lebih keras untuk mengeluarkannya. Untuk meneran saja sakit, bagaimana jika meneran dengan kekuatan yang lebih. Jangan mengambil supplemen serat, sebab supplemen akan memburukkan lagi keadaan dubur.
Berikut merupakan contoh makanan yang perlu dielakkan:
Di samping itu juga, ini tips pemakanan yang perlu dipraktikkan untuk mengelak dari terkena buasir.
1. Elakkan makanan yang berlemak kerana ia mengambil masa yang lebih lama untuk dihadam berbanding makanan lain. Makanan berlemak juga berisiko tinggi yang boleh menyebabkan sakit perut, pedih ulu hati dan juga buasir.
2. Kurangkan makanan berminyak atau bergoreng seperti ayam goreng, nugget dan makanan ringan.
3. Minyak dan mentega juga perlu dikurangkan dalam masakan. Jika kerap menggunakan produk tenusu, lebih baik memilih produk susu yang rendah lemak.
4. Hadkan pengambilan makanan pedas yang berlebihan kerana boleh menyebabkan masalah gastritis, apendiks dan buasir.
5. Perbanyakkan makanan tinggi serat, contohnya sayur-sayuran, kekacang dan buah-buahan.
6. Minum air putih secukupnya iaitu 8 gelas sehari.
Buasir bukanlah satu keadaan kesihatan yang serius dan berbahaya. Namun, ia mungkin sangat mengganggu kehidupan seseorang disebabkan kesukaran membuang air besar dan rasa sakit yang mungkin dialami.
Ia boleh dirawat dengan kaedah perubatan moden sama ada dengan penggunaan ubat-ubatan, perubahan gaya hidup atau pembedahan.
Sumber: Hello Doktor, Sinar Harian
Baca juga: Jangan Buang ‘7 Benda’ Ini Dalam Sinki, Patutlah Asyik Tersumbat!
Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…
Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…
Baru-baru ini, Malaysia mendapat khabar gembira tentang kemenangan seorang tukang masak iaitu Chef Safura Tawil…
Tak susah sebenarnya nak sediakan hidangan lauk yang mudah tanpa perlu menggoreng atas kuali. Guna…
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…