
Bila dengar je berita pasal cuaca buruk, benda pertama yang rakyat Malaysia selalu serbu di supermarket mesti mi segera, kan?
Tapi pernah tak anda terfikir…macam mana nak masak mi segera kalau elektrik terputus, gas habis dan air bersih pun terhad? Masa tu baru sedar, mi segera sebenarnya bukan pilihan terbaik!
Untuk persediaan bencana alam, kita perlukan makanan yang tinggi tenaga, tak perlu dimasak dan tak cepat rosak.
Jom semak 5 makanan pertolongan kecemasan ketika bencana yang ada kat dapur anda, tapi ramai selalu pandang sebelah mata.
5 Makanan Penyelamat Yang Ramai Tak Sangka
1. Mentega kacang: lebih banyak kalori dari nasi!
Fakta Mengejutkan: Dua sudu besar mentega kacang mengandungi sekitar 190 kalori dan 7g protein jauh lebih padat tenaga berbanding semangkuk nasi kosong!
Nampak macam sapuan roti budak-budak, kan? Tapi bila tiada punca api untuk memasak, beberapa sudu mentega kacang sudah cukup untuk bagi tenaga segera kepada anda sekeluarga tanpa perlu bancuh atau masak apa-apa.
Mudah, pantas dan yang paling penting KENYANG!
2. Madu asli: makanan yang ‘Tak Boleh Basi’
Fakta Mengejutkan: Arkeologi pernah menjumpai madu dalam piramid Mesir yang berusia 3,000 tahun dan ia masih boleh dimakan!
Untuk pengetahuan anda madu ialah satu-satunya makanan tahan lama di dunia yang secara semula jadi tidak mempunyai tarikh luput selagi tiada campuran air.
Ia kaya dengan gula semula jadi yang mudah diserap dalam badan untuk hilangkan rasa letih dengan serta-merta.
3. Kurma: mampu bertahan berhari-hari!
Fakta Mengejutkan: Kurma mengandungi sekurang-kurangnya 6 jenis vitamin dan mineral penting termasuk kalium dan magnesium yang mengelakkan badan cepat penat, sebab itu kurma dijadikan makanan utama ketika berpuasa.
Hal ini menjadikan kurma sebagai stok makanan simpanan kecemasan paling bagus kerena dengan hanya makan 3-5 biji kurma sahaja dah cukup untuk kekalkan fokus dan tenaga anda sepanjang hari.
4. Biskut kering / Biskut Hup Seng: karbohidrat kalis bencana!
Fakta Mengejutkan: Roti biasa cuma tahan 3 hingga 5 hari sebelum berkarat/berkulat, tapi biskut kering boleh tahan bertahun-tahun jika disimpan rapat.
Jangan skeptikal sangat dengan ‘makanan orang tua’ ni! Biskut kering ni ialah sumber karbohidrat paling stabil dan paling sesuai dijadikan makanan kecemasan di rumah.
5. Makanan tin ‘Pull-Tab’: jangan beli yang kena pakai pembuka tin!
Fakta Mengejutkan: Beribu orang terperangkap dalam rumah tanpa makanan hanya sebab mereka ada makanan tin…tapi tak ada pembuka tin!
Sardin dan tuna memang kaya dengan omega-3 dan protein. Tapi syarat paling penting WAJIB beli tin yang ada pemegang penarik (pull-tab).
Waktu gelap atau kelam-kabut, anda nak makanan yang boleh terus dibuka dan terus dimakan!
Bencana tak pernah bagi mesej “Esok saya sampai tau!”. Bila situasi gawat berlaku, bezanya orang yang tenang dengan orang yang kucar-kacir hanyalah satu perkara iaitu PERSEDIAAN!
Beli 5 makanan pertolongan kecemasan ketika bencana ni tak sampai RM50 pun, tapi impaknya besar bila bekalan terputus!
Cuba jalan pergi dapur sekarang dan tanya diri sendiri, kalau bekalan elektrik dan air terputus kat rumah anda sekarang…dapur anda cukup tak stok makanan tanpa masak untuk bertahan 3 hari?
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM


















