Buat anda sekeluarga yang berpeluang untuk bercuti ke Thailand, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Floating Market Hatyai yang popular di sana.
Floating Market Hatyai merupakan satu-satunya pasar terapung di daerah Selatan Thailand yang menjadi tarikan ramai kerana peniaganya menjual makanan melalui sampan.
Buat pengetahuan anda, Floating Market Hatyai dibuka selama 3 hari saja dalam seminggu, iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad, serta waktu operasinya adalah jam 1 petang hingga 9 malam.
Kali ini kami kongsikan beberapa makanan menarik yang wajib dicuba di Floating Market Hatyai dan anda pasti rambang mata nanti. Jom kita tengok!
Baca juga: 3 Jenis Periuk Masak Selalu Orang Pakai, Yang ‘Last’ Tu Paling Mak-Mak Suka!
1. Pulut Mangga
Orang kata, inilah makanan pertama wajib dicuba apabila sampai ke Thailand. Rasa buah mangga yang segar bersama pulut yang enak pasti buatkan anda rindu sampai bila-bila.
2. Nasi Goreng Kelapa Udang
Makanan ini agak sukar dijumpai di Malaysia melainkan buat sendiri di rumah. Nasi goreng yang dicampur kelapa bersama udang segar boleh buat selera sesiapa pun terangkat.
3. Tomyam Kung Seafood Pedas
Sudah sampai Thailand, tak mungkinlah untuk lepaskan peluang mencuba tomyam di sana. Kuahnya terlebih padu apabila dihirup, sampai nak makan berulang kali.
4. Aiskrim Kelapa
Selain pulut mangga, pencuci mulut ini juga merupakan antara makanan menarik apabila bercuti di Thailand. Aiskrim sejuk dengan rasa kelapa yang segar buat tekak terasa nikmat.
5. Miang Kham
Makanan ini merupakan snek tradisi orang Thailand yang mengandungi isi kelapa, udang kering, cili, bawang besar, halia, kacang dan limau. Setelah cuba sekali, pasti nak lagi.
6. Bebola Keledek
Rupa bentuknya lebih kurang sama seperti cekodok keledek di Malaysia. Cuma teksturnya lebih lembut dan sedikit kenyal, serta sedap dimakan sementara masih panas.
7. Air Dalam Buluh Atau Pasu
Asyik makanan saja, takkanlah tiada minuman bukan? Jika anda dahaga, boleh cuba air dalam buluh atau pasu yang ditawarkan pelbagai pilihan seperti kelapa, laici, teh dan lain-lain.
8. Kerabu Maggi
Hidangan ini sangat popular di Thailand dan pernah viral sampai ke Malaysia. Rasanya masam manis dan pedas membuatkan sesiapa saja yang memakannya pasti kecur air liur.
9. Kuih Cara Kelapa
Biasanya jumpa kuih cara di gerai kuih-muih saja, tapi kali ini terjumpa di pasar terapung pula. Walaupun dibuat tanpa acuan menarik, namun kelembutannya memang tak disangkal lagi.
10. Telur Puyuh
Nampak comel dan unik serta lain dari yang lain, inilah snek yang wajib anda cuba. Biasanya ia dijual secara goreng atau rebus dan sedap dinikmati bersama lada sulah.
Banyak lagi makanan menarik di Floating Market Hatyai, jadi jangan lepaskan peluang untuk mencuba semuanya apabila berada di sana.
Jom bercuti ke Hatyai!
Sumber: Shadhiraeyra, Hafiz.Jepp, Ellestories
Baca juga: 10 Kedai Makan Nasi Campur Di Melaka, Dah Rasa Terus Tak Ingat Nak Balik
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…