Bila melancong, makanan halal dan bajet sering menjadi keutamaan. Lebih-lebih lagi bagi kita yang suka berjalan jauh tapi masih nak berjimat.

Tapi tanpa sedar, kadang-kadang kita terbeli makanan yang nampak menarik tapi sebenarnya memakan bajet lebih daripada sepatutnya.

Bagi membantu anda berbelanja dalam had bajet semasa bercuti, ini 5 jenis makanan yang patut dielakkan dan alternatif halal yang lebih berbaloi!

Baca Juga: 10 Negara Bajet Dengan Pilihan Makanan Halal Sedap & Murah, Jalan-Jalan Tanpa Risau!

Baca Juga: Resepi Sarapan Oatmeal, Sup & Wrap Yang Jimat Ketika Travel, Semua Mesra Poket!

1. Makanan di Kawasan ‘Tourist Trap’

Apa maksudnya? Peniaga di kawasan tarikan pelancong biasanya meletakkan harga makanan lebih tinggi daripada biasa. Contohnya, restoran halal berhampiran menara ikonik, bazar pelancongan atau tepi pantai yang popular.

Kenapa perlu elak? Anda mungkin perlu membayar dua kali ganda hanya kerana lokasi, bukan rasa atau kualiti.

Alternatif: Gunakan Google Maps atau TikTok untuk mencari kedai makan halal yang dikunjungi oleh orang tempatan, bukan pelancong. Harganya biasanya lebih murah dan autentik.

2. Makanan ‘Instagrammable’ Tapi Tak Mengenyangkan

Contoh: Aiskrim arang, kopi dengan ‘topping’ berwarna-warni atau ‘waffle’ berbentuk kartun.

Kenapa perlu elak? Ia hanya cantik di gambar, tapi tak menambah tenaga untuk anda meneruskan aktiviti seharian dan biasanya harganya tak masuk akal untuk ‘portion’ kecil.

Alternatif: Pilih makanan tempatan yang viral di kalangan penduduk setempat. Lebih sedap, mengenyangkan dan murah.

3. Menu Ala Barat Di Negara Asia

Contoh: Burger, pasta, steak atau makanan ‘fast food’.

Kenapa perlu elak? Restoran halal jenis ini selalunya menggunakan bahan import dari luar, jadi harganya jauh lebih mahal. Anda juga mungkin perlu membayar lebih hanya kerana rasa yang biasa-biasa.

Alternatif: Cari makanan tempatan halal seperti nasi lemak Thailand (khao mok gai), pho halal di Vietnam atau nasi padang di Indonesia. Ia lebih berbaloi dan memberikan pengalaman budaya.

4. Restoran Dengan Servis ‘Gimik’

Contoh: Restoran yang menggunakan robot sebagai pelayan, pengalaman makan dalam gelap atau restoran bertema kartun.

Kenapa perlu elak? Harga makanan selalunya naik mendadak untuk ‘pengalaman’, tapi kualiti makanan tidak setara. Kalau bajet terhad, ini bukan tempat sesuai.

Alternatif: Fokus pada pengalaman jalanan seperti pasar malam, trak makanan halal atau bazar tempatan. Lebih ‘real’, lebih murah!

5. Air Minuman Premium atau Import

Contoh: Air ‘sparkling’ dari Itali, kopi single-origin Jepun atau teh herba eksotik.

Kenapa perlu elak? Harga boleh mencecah lebih RM20 untuk satu minuman, sedangkan anda boleh guna bajet itu untuk dua hidangan lengkap.

Alternatif: Minum air mineral biasa, teh tarik tempatan atau jus buah segar daripada gerai halal.

Tip Ekstra: Guna Duit Untuk Pengalaman, Bukan Gimik

Makanan semasa travel bukan sekadar isi perut, ia cerminan budaya. Tapi kalau tak bijak memilih, bajet boleh ‘bocor’ sebelum sempat tamat percutian.

Rancang awal, manfaatkan ulasan di internet serta media sosial dan kekal fokus pada apa yang benar-benar berbaloi.

Bajet kecil bukan halangan untuk makan sedap bila travel, asalkan bijak memilih!

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau dan VOCKET memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN