Categories: Kesihatan

7 Makanan Yang Kurangkan Risiko Alzheimer Macam Filem Imaginur

Nak kurangkan risiko penyakit Alzheimer macam filem Imaginur yang dibintangi oleh Beto Kusyairy dan Diana Danielle? Ada makanan yang korang boleh amalkan dalam diet harian.

Umum mengetahui bahawa  penyakit Alzheimer datang dari faktor keturunan, persekitaran dan gaya hidup termasuk diet dan pemakanan.

Keadaan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, diabetes dan obesiti juga boleh menyumbang kepada penyakit ini.

Baca juga: 7 Makanan Ini Mampu ‘Boost’kan Syahwat Lelaki Dan Wanita, Baru Rumahtangga Makin Berseri 

Bila korang amalkan pemakanan yang baik dan makan makanan yang sihat sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan risiko demensia dan penyakit Alzheimer apabila melewati fasa usia tua.

Bagi korang yang dah menonton Imaginur yang mengangkat tema tentang penyakit alzheimer ini, mesti ramai yang tidak dapat menahan air mata dan berkongsi tentang kisah-kisah mereka.

Jom kita lihat tujuh makanan yang sedap untuk kurangkan penyakit ini.


1. Sayuran Hijau Daun

Sayuran hijau yang kaya dengan vitamin B penting seperti folat dan B9 dapat membantu kurangkan kemurungan, sambil meningkatkan daya ingatan.


2. Buah-buahan Beri

Makan strawberi, blueberri, dan buah acai telah dikaitkan dengan pelbagai manfaat untuk otak kita, dengan kajian menunjukkan memori yang lebih baik pada kanak-kanak berumur 8 hingga 10 tahun dan sepanjang masa melalui dewasa yang lebih tua.


3. Kopi

Kafein dapat membantu untuk tajamkan daya ingatan, termasuk kurangkan risiko alzheimer. Kajian juga telah menyatakan bahawa kopi dapat merangsang otak menjadi lebih peka dengan menyekat adenosina – bahan yang boleh membuat korang rasa mengantuk.

Dua komponen utama yang terkandung dalam biji kopi iaitu kafein and antioksidan boleh membantu anda mendapatkan otak yang cantik.

Selain itu, ia juga boleh menambahkan fokus dan meningkatkan tumpuan korang. Satu kajian dijalankan mendapati bahawa individu yang mengambil kopi pada waktu pagi bekerja dengan lebih efektif apabila diberikan tugasan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi.

Baca juga: Korang Pecinta Kopi? Kajian Mengatakan Kopi Dapat Kurangkan Risiko Kematian 


4. Kekacang

Kekacang yang kaya dengan lemak sihat, magnesium, vitamin E, dan vitamin B ini dapat menggalakkan daya ingatan yang baik dan mengelakkan tanda-tanda demensia. 

Wanita berumur lebih dari 70 tahun yang mengambil sekurang-kurangnya 5 hidangan kacang setiap minggu mempunyai kesihatan otak yang jauh lebih baik daripada wanita dalam kumpulan umur yang sama yang tidak makan kacang. 


5. Omega-3

Minyak zaitun, biji rami dan ikan berlemak seperti tuna, salmon dan makarel adalah contoh makanan yang tinggi dengan asid lemak omega-3 dengan DHA yang membantu otak korang kekal sihat.  

Ia mempunyai fungsi penting untuk membentuk membran disekeliling setiap sel dalam badan, termasuklah sel otak. Jadi, omega-3 dapat meningkatkan struktur sel otak yang dikenali sebagai neuron.


6. Coklat

Coklat terkenal dengan manfaatnya dalam membekalkan nutrien penting untuk perkembangan otak. Antaranya nutrien yang terdapat dalam coklat gelap termasuklah flavonoid, kafein dan juga antioksida.

Flavonoid yang terdapat dalam coklat akan terkumpul di kawasan otak yang digunakan untuk proses pembelajaran dan proses mengingat. Terdapat kajian yang dijalankan mendapati bahawa bahan ini dapat meningkatkan memori dan membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit yang berkait rapat dengan kemerosotan mental.


7. Rempah Ratus

Rempah ratus seperti jintan dan kulit kayu manis memang sedap apabila digunakan sebagai perasa makanan dan ia juga mengandungi banyak polifenol — sebatian yang menawarkan banyak manfaat untuk ingatan dan kesihatan otak.

Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai keupayaan untuk memakan plak otak dan mengurangkan keradangan untuk mencegah gangguan kognitif dan Alzheimer. 


Sumber: Health Care Associates, Prime Health Denver

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

2 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

2 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

2 days ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

2 days ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

3 days ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

3 days ago