Kalau anda bercadang untuk bercuti ke Johor dan anda tidak tahu kat mana tempat makan yang cantik, haa anda boleh ke The Rome Garden dekat Ulu Tiram tau. Apa yang bestnya di sini ialah, anda boleh makan makanan anda sambil ber-OOTD di outdoor garden mereka yang sangat cantik! Memang tak rugi lah kalau anda ke sini.
Sebuah akaun Twitter @visitjohor_ telah berkongsi sebuah restoran yang cantik dan jika anda ke sini, anda boleh feeling-feeling di Italy. Haa menarik kan? Selain itu, makanan di sini juga boleh tahan sedap tau.
” Cam best je The Rome Garden dekat Ulu Tiram ni! Mana taknya sambil makan korang siap boleh ber-ootd sekali tau bertemakan outdoor garden dan feeling-feeling tepi air terjun gitu dengan bunyi air mengalir yang menenangkan boleh laa weekend nanti bawak geng cafe hunt korang ke sini ”
Selain daripada anda boleh menikmati permandangan yang cantik di kawasan ini, restoran ini juga ada menyajikan pelbagai jenis menu antaranya adalah English Breakfast hinggalah ke Italian Food. Makanan di sini juga amatlah sedap dan dihias cantik. Boleh la anda tangkap gambar dan post ke media sosial kan?
” The Rome Garden cafe menyediakan hidangan dari English Breakfast ke Italian Food dan bermacam pilihan menu yang lain. Pada masa yang sama, buat korang yang masih mencari ruang untuk buat event dah memang sesuai sangat la buat dekat The Rome Garden ni ”
Selain daripada makan dan tangkap gambar, restoran ini juga ada menyediakan satu ruang untuk anda yang hendak membuat event seperti sambutan ulang tahun dan sebagainya. Anda hanya perlu menghubungi restoran ini sahaja.
” Korang yang datang masa weekend siap boleh layan persemabahn band secara live tau dan korang boleh request lagu fav korang jugak. Aaaa best betull. Enjoy your food nanti dan selamat ber-ootd! ”
Menarik kan restoran ni? Dekat sini anda boleh la feeling-feeling macam di Italy sambil ber-OOTD. Haa anda tunggu apa lagi? Jangan lupa singgah di Johor tau!
Sumber: @visitjohor_
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…