maggi kari

Banyak cara untuk hasilkan mi segera yang sedap, tapi kali ini lebih istimewa kerana MyResipi akan kongsikan betapa sedapnya Maggi Kari yang penuh berkrim dan rugi kalau tak cuba!

Melalui video perkongsian oleh seorang KOL di Instagram baru-baru ini, Hichizarai telah tunjukkan cara buat Maggi Kari yang sedap berkrim sehingga ramai tertarik untuk cuba di rumah.

Sebelum ini, Hichizarai sering berkongsi tentang menu-menu yang sangat menarik di media sosial dan Maggi Kari berkrim adalah salah satu daripadanya.

Menurut Hichizarai, menu ini sudah viral di merata tempat dan jika lapar pada tengah malam, bolehlah buat hidangan ini kerana serius sedap dan mudah. Jom kita cuba!

Baca juga: Kristin Kongsi Hacks Untuk Pencinta Mi Segera, Memberi Rasa Lebih Padu & Luar Biasa!

CARA BUAT MAGGI KARI SEDAP BERKRIM

Rahsia Maggi Kari yang sedap berkrim adalah pada kombinasi susu cair, mozarella cheese dan butter bersama perencah kari yang menjadikan hidangan ini bertambah lazat.

Bagi menjadikan hidangan ini tak terlihat kosong, anda boleh tambahkan lagi dengan makanan sampingan lain seperti telur, ayam dan sebagainya.

Jika tiada idea, anda boleh ikut cara Hichizarai yang menggunakan udang segar sekali gus ia membuatkan kuah menjadi lebih beraroma.

Buat anda yang suka pedas, boleh taburkan chilli flakes dan hiaskan dengan daun bawang supaya hidangan nampak lebih menarik dan berselera.

Apabila tekak teringin hidangan berkuah tapi nak masak dengan cepat, semestinya mi segera menjadi pilihan pertama dan memang patut dicuba.

Hidangan berkuah seperti ini memang sedap dinikmati bersama keluarga tersayang. Lebih-lebih lagi jika dimakan sewaktu masih panas tatkala musim hujan, memang terasa sungguh nikmat!

Jika belum pernah buat menu seperti ini, sekaranglah masanya untuk anda cuba dengan menggunakan Maggi Perisa Kari yang pasti sedap.

Jom kongsikan resipi Maggi anda yang paling kreatif dan jangan lupa untuk meletakkan #MAGGIKita #MAGGIxMyResipi di bahagian caption.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muhammad A’dli (@hichizarai)

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN