macaroni goreng

Jom buat Macaroni Goreng untuk juadah berbuka hari ini. Resipi ini sesuai untuk anda yang jemu nak makan nasi dan inginkan hidangan yang ringkas dan mudah. 

Anak-anak mesti suka makan macaroni goreng ini. Ibu-ibu pula mesti tercari-cari resipinya. Jom kita follow resipinya disini. Hanya guna 6 bahan sahaja. Hasilnya memang marvellous!

Baca juga: Ini 10 Jenis Pasta Yang Korang Kena Tahu Dan Cara Memasak Dengan Betul

Pelbagai versi macaroni goreng yang anda boleh buat sebenarnya. Jika dah tekak melayu mesti wajib bergoreng kan? Sesuai juga dijadikan hidangan makan malam anda bersama anak-anak. 

Macaroni juga sejenis pasta kering seperti spaghetti. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara yang anda suka termasuklah resipi ini. Cik Puan Fatimah Saari telah berkongsi cara paling mudah menyediakannya.


RESIPI MACARONI GORENG

macaroni goreng

Bahan-bahan:

  • 1 pek macaroni
  • 1 bawang holland – potong dadu
  • 3 ulas bawang putih – dicincang
  • Butter
  • 300g Daging kisar
  • Sos pasta cendawan
  • Garam dan gula secukupnya
  • Cheddar Cheese – optional
  • Brokoli – optional

Cara-cara memasak: 

1. Rebus macaroni hingga lembut. Tos dan ketepikan.

2. Tumis bawang holland dan bawang putuh sehingga naik bau. Tumis guna butter.

3. Kemudian, masuk daging kisar. Tumis hingga daging masak.

4. Selepas itu, masukkan sos pasta cendawan dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

5. Masukkan pasta macaroni yang sudah direbus tadi dan kacau hingga sebati kira-kira 5 hingga 7 minit.

6. Masukkan brokoli dan cheddar cheese dan biar ia cair di dalam macaroni. Siap untuk dihidang!

macaroni goreng


Mudahkan! Kalau nak pedas boleh taburkan chilies flake. Lagi sedap! Tapi untuk anak-anak boleh taburkan sedikit sahaja. Untuk serbuk cheese boleh beli kat kedai bakery. 

Tengah masak, anak-anak mesti tanya “bila nak siap ni ibu? ” Dalam kuali lagi dah teruja anak-anak kita. Mereka pasti tak sabar nak makan. Dari gambar pun dah cukup menyelerakan, apatah lagi bila dicuba. Confirm sekejap je habis!

Selain daripada mudah, cepat dan enak, resepi ini juga cukup mengenyangkan. Semoga resipi ini bermanfaat buat kita semua.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Klasik Itali Pasta Sos Pesto, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Menu Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN