Categories: Resipi

Macaroni Daging Keju Cara MUDAH, Sukatan Guna 1 Bungkus Pasta

Mari kita cuba buat Macaroni Daging Keju di rumah. Tentunya anak-anak dan pasangan akan menggemari hidangan ini.

Sekali-sekala makan makanan western pun seronok juga. Paling penting, memang mudah nak buat. Tinggal rebus, tos pasta dan bakar bersama keju mozarella bagi ia meleleh. Bayangkan keju itu meleleh di dalam mulut. Memang feeling habis!

Baca juga: Ini 10 Jenis Pasta Yang Korang Kena Tahu Dan Cara Memasak Dengan Betul

Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Nor Atika Nazirah ini. Resipi olahan beliau ini ternyata membuatkan suaminya suka dan sudah menjadi salah satu makanan kegemaran. Mari lihat cara penyediaannya. 


RESIPI MACARONI DAGING KEJU

Semalam ada pelanggan order, masak untuk orang rumah sekali. Ini resepi saya olah sendiri dan sudah menjadi salah satu kegemaran suami. Dia memamg suka sangat makan macaroni daging cheese ini berbanding yang ada serbuk kari apa semua tu. Ini saya kongsikan resepi di bawah ni. Macaroni ini sedap dimakan bersama sos cili. 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 biji bawang holland
  • Daun sup
  • 8 biji telur
  • 1 paket macaroni
  • Setengah susu kotak full cream
  • Black papper
  • Garam
  • Kiub pati lembu
  • Mozarella cheese
  • 1 paket Daging cincang
  • Olive oil untuk menumis

Cara-cara membuatnya:

1. Rebus macaroni sampai masak. Sebelum masak macaroni. Pastikan air mendidih dahulu. Selepas itu, letak minyak dan garam secukup rasa. Dah siap masak. Toskan macaroni tu.

2. Panaskan kuali. Tumis bawang hollang sehingga keperangan. Masukkan daging cincang dan masak sampai daging itu masak sepenuhnya. Selepas itu, masukkan macaroni yang kita rebus tadi. Tabur daun sup, garam, dan kiub pati lembu. Gaul semua sampai sebati. Tutup api.

3. Pecahkan telur ke dalam mangkuk bersama susu full cream, garam, dan blackpapper. Kacau dgn whisk semua bagi sebati. Lepas itu, rasa sedikit, semua cukup rasa tak.

4. Dah semua cukup rasa, ambil tray, loyang atau bekas kaca. Letak macaroni dalam tu. Kemudian tuang susu yang kita dah kacau tadi. Sampai paras atas macaroni.

5. Bakar suhu 170 selama 45 minit. Lepas itu, cucuk dgn lidi, kalau tak melekat, maknanya dah masak semuanya. Akhir sekali baru tabur cheese. Kemudian bakar lagi sekali sampai cheese itu garing sikit. Siap!


Selamat mencuba resipi Macaroni Daging Keju ini.

Baca juga: Resipi Klasik Itali Pasta Sos Pesto, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Menu Ini

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago