PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-03-19 04:36:22

Kesegaran bahan masakan pun boleh memberi kesan pada rasa sesuatu hidangan tu. Masaklah lauk apa pun, kalau ikan tu asalnya dari ikan segar, lauk tu gerenti sedap. Ikan yang dah lama ataupun tak segar kebiasaannya isi dia akan rasa tawar dan keras. Dah tak sedap nak
dimakan.

Kadang kadang kalau pergi pasar ni, kita tak tau nak pilih yang mana, terutama sekali untuk
sesiapa yang baru pertama kali pergi pasar, yang tak pernah kenal pun ikan segar dan tak segar
macam mana. Kalau pandang sekali imbas, nampak sama je semua, tapi hakikatnya tidak. Jadi
harini kitorang nak kongsikan beberapa tips untuk pilih ikan segar!

1. BAU IKAN


Kalau korang nak tau, ikan yang dah tak segar akan berbau busuk dan sedikit masam. Manakala
ikan segar akan berbau hanyir. Jadi, korang cubalah bau ikan tu samada dia bau busuk
ataupun hanyir.

2. MATA IKAN


Ni cara paling senang nak kenal ikan tu segar lagi ke tak. Korang tengok mata dia. Kalau ikan
dah tak segar, mata dia akan merah dan masuk ke dalam. Ikan yang segar pula mata dia masih
lagi berkilat dan cembung.

3. TEKSTUR


Ikan yang segar ni bila dipicit isi dia, kita dapat rasa yang isi dia keras dan pejal lagi. Kalau ikan
yang tak segar dah isi dia lembik.

4. WARNA IKAN

Kita boleh kenal ikan segar ataupun tak daripada warna dia. Ikan yang segar kebiasannya berwarna cerah dan berkilat. Ikan yang dah tak segar biasanya warna dia dah berubah pucat.

5. PERUT


Ikan segar biasanya perut dia tak pecah lagi. Kalau dinding perut ikan lembik, tu tandanya dia
dah tak segar, jadi jangan beli ye.

KREDIT: NUR

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN