limau kasturi asam boi

Bagi idea air berbuka puasa hari ini, jom kita buat Limau Kasturi Asam Boi pula. Memang sedap dapat membasahkan tekak bila cuaca panas membahang bulan puasa ini.

Limau kasturi ini memang banyak khasiatnya. Antaranya ialah ia mengandungi antioksida yang dinamakan Vitexin yang bagus untuk mencegah penyakit jantung dan kanser.

Baca juga: Brazilian Lemonade, Guna 4 Bahan Je, Memang Segar Tekak Ikut Resipi Viral Ini

Baca juga: Air Laici Kang Cara Mudah Ini Dapat Lebih 2.8K Shares, Cukup Rasa Segar Dan Manisnya

Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi Felurix Asid yang bagus untuk menghilangkan kedutan pada kulit dan perlahankan proses penuaan. Memang awet muda gitu!

Bagi penggemar asam boi, ikuti resipi air ini dari perkongsian Cik Puan Nadia Ismail menerusi laman Facebook.  Memang sedap dan menyegarkan.


RESIPI AIR LIMAU KASTURI ASAM BOI

limau kasturi asam boi

Bahan-bahan:

  • 10 biji limau kasturi 
  • 2 sudu gula
  • 4 biji asam boi putih
  • 1 1/2 cawan air
  • Ais secukupnya 
Cara-cara membuatnya:
1. Kisar 6 biji limau kasturi yg siap dibuang biji bersama gula dan air. Blend sekejap sahaja utk elakkan rasa pahit.
2. Tapis hampas, masukkan air yang siap kisar ke dalam jug berisi ais.
3. Masukkan asam boi putih dan limau kasturi dibelah dua sebagai hiasan.
4. Siap dan sedia diminum. 

Mudah dan ringkas! Jadi buat anda yang sentiasa amalkan pengambilan limau kasturi boleh teruskan. Tapi jangan ambil secara berlebihan pula. Risau mendatangkan kemudaratan nanti. 

Terima kasih daun keladi kepada Cik Puan Nadia Ismail kerana sudi berkongsi resipi lengkap air ini. Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN