lepat boko ubi kayu

Sedapnya kalau dapat menikmati Lepat Boko Ubi Kayu ni. Rasanya yang lemak-lemak manis, memang tak jemu dimakan.

Resipinya pun tak susah. Menerusi perkongsian saudari Qaisara Qistina, beliau berkongsi satu resipi Lepat Boko Ubi yang cukup mudah.

Asalnya resipi ini beliau gunakan untuk berniaga semasa PKP dahulu. Memang laris! Memang dijamin menjadi. Jom lihat cara-cara
pembuatannya.

Baca juga: Resipi Lepat Pisang Yang Lembut & Sedap, Hanya Guna Sukatan Cawan

Kebiasannya jika di kampung, baru dapat merasa kuih ini, dan agak sukar untuk jumpanya di bandar melainkan buat sendiri di rumah. Ini sudah ada resipinya, memang mudah lah!


Resipi Kuih Lepat Boko Ubi

Bahan-bahan:

  • 2 cawan parutan ubi kayu
  • 2 cawan gula merah
  • 2 cawan air
  • 1 sudu makan gula
  • Daun pisang secukupnya

Bahan Bahagian Putih:

  • 200ml santan
  • 1 1/2 cawan air
  • 4 sudu tepung beras (1/2 cawan)
  • 1/2 sudu teh garam

Cara membuatnya:

1. Satukan parutan ubi kayu, gula merah, air dan gula di dalam periuk. Masak hingga likat. Ketepikan.
2. Untuk bahangian putih, satukan semua bahan dan masak hingga agak likat.
3. Sudukan adunan parutan ubi di atas daun pisang.
4. Kemudian letakkan bahagian putih diatasnya.
5. Lipat daun pisang dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.
6. Kukus selama 20 minit.
7. Angkat, sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba.

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN