Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar ubi dan kelapa, anda wajib cuba resipi mudah ini!
Lempeng ini juga sesuai dinikmati sebagai hidangan minum petang atau sarapan pagi, malah lebih nikmat dimakan ketika hujan.
Rasanya yang lemak manis bercampur aroma kelapa memang memikat selera, pasti licin sekelip mata! Nak cuba? Jom lihat resipi penuh di bawah.
Baca juga: Resipi Lempeng Sedap Tanpa Guna Telur, Tetap Gebu & Lembut Sampai Petang!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Sagat ubi kayu menggunakan penyagat. Kalau tiada boleh guna pengisar. Tapi kalau sagat boleh gigit dan rasa ubi itu.
2. Letakkan telur, kelapa parut, santan, gula, garam dan tepung gandum. Kacau semua bahan sehingga sebati.
3. Panaskan kuali leper dan oles sedikit minyak.
4. Cedok sesenduk adunan dan tuangkan ke atas kuali yang telah dipanaskan. Ratakan adunan ke seluruh kuali.
5. Masak lempeng dengan api sederhana sehingga kedua-dua belah permukaannya berwarna kuning keemasan dan garing.
Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nor Farah Atika
Baca juga: Cara Buat Lempeng Kelapa Yang Lembut & Sedap, Wangi Elok Pula Tu!
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…
Biasanya gerai di tepi pantai pasti ada menyediakan hidangan Rojak Petis yang lazat. Apa kata…