Anak-anak suka makan agar-agar ni semasa sejuk, memang sedap”
Baru-baru ini viral agar-agar susu kotak di Facebook, sehingga ramai yang kongsi resepi tersebut. Uniknya agar-agar ini ia diletakkan di dalam kotak air tersebut, jadi ia nampak cantik dan menarik perhatian orang ramai.
Jom cuba buat agar-agar susu kotak ini mudah dan cepat, anak-anak pasti suka.
Bahan-bahan
- 1 liter air kotak (coklat / strawberi)
- 3 sudu gula
- 1 pek serbuk agar-agar (ambil yang jernih)
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan semua bahan, kacau sehingga mendidih.
- Selepas itu, gunting kotak susu tu comel-comel sedikit.
- Masukkan bancuhan agar-agar tersebut ke dalam susu kotak, biarkan sejuk dahulu baru masuk di dalam peti ais.
- Biarkan semalaman dan siap boleh dimakan.
Sumber: Ain’nie Rahman