Baka hibrid atau lembu ‘sado’ jenis Charolais dan Limousine antara lembu paling mahal di pasaran tempatan sehingga ramai penternak sanggup mengeluarkan modal besar bagi memperoleh baka terbaik untuk dipelihara.
Kelantan merupakan negeri paling ramai penternak lembu hibrid berskala kecil, diikuti Terengganu, Johor, Perak, Selangor dan Kedah.
Walaupun ketetapan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan ibadah korban belum ditetapkan di beberapa negeri, jualan lembu korban tetap laris seperti tahun sebelumnya.
Baca juga: Petua Defrost Daging Dengan Cepat, Sepantas 5 Minit Lauk Dah Lembut!
Selain lembu baka kampung, lembu sado seperti charolais, limosin, blonde dan belgian blue turut terjual untuk ibadah korban.
Penternak, Mohd Amirul Ibrahim, 35, dari Kampung Che Hem, Bukit Tunggal berkata, beliau menjual 70 ekor lembu kampung untuk ibadah korban pada tahun ini.
“Terbaru saya baru sahaja menjual lembu baka belgian blue seberat 1,200 kilogram (kg) pada harga RM25,000 seekor.
“Sebelum itu dua ekor lembu baka charolais seberat 1,000 kg ke atas pada harga RM40,000 sudah dijual untuk tujuan sama,” katanya ketika ditemui di kandang lembunya, di sini, hari ini.
Menurutnya, lembu korban berharga RM4,000 hingga RM5,000 seekor bergantung kepada saiz dan dihantar ke beberapa negeri.
“Selepas Ramadan, lebih 30 lembu korban sudah dihantar ke Selangor dan Melaka.
“Manakala 40 ekor lembu korban lagi dijual di seluruh daerah di negeri ini,” katanya.
Beliau berharap ibadah korban boleh dijalankan di negeri ini seperti tahun lalu.
“Kami tidak kisah menjalankan ibadah korban itu walaupun perlu mengikuti SOP yang lebih ketat asalkan ibadah korban itu boleh dijalankan,” katanya.
Bercerita mengenai lembu baka belgian blue yang dijual, katanya, lembu baka berusia tiga tahun empat bulan itu dibeli oleh seorang penternak di Selangor.
“Lembu yang dipanggil Jimbo itu dianggarkan mempunyai jumlah daging sebanyak 500 kg apabila dikorbankan.
“RM3,000 ke atas harga untuk sebahagian lembu itu sekiranya ia dibuka kepada orang ramai,” katanya.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…