Siapa sangka kita masih menikmatinya ketika perayaan untuk dijamu kepada keluarga mahupun tetamu yang datang bertandang.
Sebelum itu kita telusuri dulu bagaimana lemang boleh wujud dalam masyarakat kita.
Baca juga: 5 Lokasi Lemang Paling ‘Top’ Yang Wajib Anda Singgah Di KL & Selangor
Lemang dikatakan telah wujud apabila orang Melayu-proto dan Melayu-deutro telah membawa amalan nasi yang dimasak dalam buluh ke Asia Tenggara.
Perkara ini dapat dibuktikan lagi apabila amalan memasak nasi di dalam buluh turut wujud dalam kalangan orang asli di Semenanjung Tanah Melayu dan orang Dayak di Borneo.
Bagi masyarakat Indonesia pula, lemang telah wujud apabila seorang ulama iaitu Sheikh Burhanuddin ingin menyebarkan Islam di tanah Minangkabau. Kunjungan dia ke sana telah dijamu dengan pelbagai jenis makanan.|
Masalahnya dia sangat bimbang akan status halal makanan tersebut kerana penduduk di situ belum Islam. Jadi apa yang Sheikh Burhanuddin buat adalah perintahkan kepada penduduk untuk mencari buluh, daun pisang dan kelapa tua untuk hasilkan lemang.
Bermula dari peristiwa itu, lemang telah dijadikan sebagai makanan rasmi bagi perayaan besar Islam sebagai simbolik penghasilan makanan halal.
Walau bagaimanapun, Sheikh Burhanuddin tidak boleh dijadikan sebagai orang pertama menghasilkan lemang. Hal ini kerana dia diketahui berasal daripada Guguak Sikaladi yang merupakan kerajaan terawal Melayu-deutro. Jadi berkemungkinan besar Sheikh Burhanuddin sudah biasa memasak nasi di dalam buluh.
Bertitik tolak dari situ, lemang terus menjadi makanan tradisi dalam masyarakat Minangkabau sehingga tersebar di seluruh Indonesia.
Apa-apapun rekod rasmi keberadaan lemang di Kepulauan Melayu adalah pada tahun 1852 di tanah Batak, 1864 di Semenanjung Tanah Melayu, 1873 di Minangkabau dan 1900 di Bangkahulu.
Suatu ketika dahulu leluhur orang Melayu menjadikan memungut hasil hutan sebagai antara sumber ekonomi utama.
Bermakna kalau nak cari makan untuk keluarga memang kena masuk hutan berhari-hari lamanya. Masuk hutan pula tidak boleh bawa tangan kosong sahaja dan mesti ada kelengkapan seperti makanan.
Tapi dulu masa ada maggi dan makanan dalam tin.
Maka alternatif yang wujud adalah makanan seperti lemang kerana mudah dibawa dan tahan lama.
Selain itu, penggunaan buluh untuk menghasilkan lemang dikaitkan dengan sifat kreatif leluhur kita. Apabila sudah berada di hutan, nak masak nasi memang susah sebab perlu ada periuk.
Sebagai gantinya leluhur kita telah menggunakan buluh yang diletakkan air dan daun pisang untuk dibakar agar menjadi nasi. Penggunaan daun pisang pula digunakan agar nasi tidak terlekat di dinding buluh.
Mungkin dari dua kombinasi ini lemang mula wujud sebagai makanan tradisi sejak abad ke-9 sehinggalah menjadi idaman wajib ketika menjelangnya raya.
Hari ini lemang sudah tidak boleh lagi dianggap sebagai makanan segera kerana penghasilannya agak renyah.
Tapi berterima kasihlah kepada nenek moyang kita kerana setiap kali perayaan, kita dapat nikmati ‘fast food’ zaman melayu dahulu.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…