Categories: Infomasi

Lelaki Terkejut Makan Tengahari Cecah RM70 Untuk Dua Orang

Seorang individu terkejut apabila beliau dikenakan bayaran RM71.50 bagi makan tengah hari di sebuah gerai makan dipercayai di Desa Pandan, Ampang baru-baru ini.

Menerusi posting yang dimuatnaik di akaun Facebook Warga Ampang, individu itu telah berkongsikan beberapa keping gambar menunjukkan resit harga serta makanan bagi dua orang yang dikatakan terlalu mahal

Dalam kapsyen di halaman Facebook berkenaan, individu itu mendakwa harga yang dikenakan iaitu RM28 dan RM32 sepinggan dengan beberapa lauk antaranya nasi, sotong, ikan serta ulam-ulaman.

“Terkejut Lunch Break (rehat tengah hari) kena RM28 dan RM37 (tidak termasuk air). Ambil sotong katanya kena caj RM2 seketul padahal sotong kecil-kecil. Dekat Desa Pandan,” ciapnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga menyatakan harga yang dikenakan oleh pengusaha gerai makanan itu memang terlalu mahal dan tidak masuk akal.

“Saya penjual nasi berlauk juga, tapi kalah dah macam tu harga. Memang barang mahal tapi masih dapat cover lagi dengan benda lain. Atas kedai sebenarnya. Betul cakap Rafizi Ramli (Menteri Ekonomi), ada kedai guna alasan barang mahal untuk caj harga melampau,” kata Hazgary.

“Mahalnya, saya pernah beli sotong kecil-kecil macam ni, ambil banyak tambah sayur harga sekitar RM8 hingga RM9 sahaja dekat Kuala Lumpur juga,” kata Amalia.

“Dalam isu bagi saya, peniaga perlu sedia alternatif lain, contoh letak dalam satu mangkuk serta letak harga. Contoh semangkuk kecil RM5, jadi pelanggan bijak memilih ikut bajet dan peniaga boleh elak dari pelanggan ambil lauk banyak-banyak macam ini. Sebab nanti peniaga terpaksa bagi harga mahal dan pelanggan akan marah,” ujar Asyraf.

Kredit: Kosmo

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago