Segelintir pengusaha restoran dan pemilik premis masih berdegil dengan meletakkan barang dagangan serta peralatan berniaga mereka di luar premis sehingga menghalang laluan pejalan kaki.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @boyezal, lelaki ini luah rasa kecewa apabila terpaksa meredah hujan kerana tidak dapat menggunakan laluan pejalanan kaki yang sudah dipenuhi meja dan kerusi.
Dia turut berasa kesal dan menyifatkan tindakan itu adalah tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan ke atas kemudahan awam.
“Kita pula kena redah hujan”
“Patut ke macam ini? Kerajaan buat untuk pejalan kaki. Sekarang kita pula kena redah hujan,” luahnya.
Pihak berkuasa juga boleh menyita kerusi dan meja kerana kesalahan halangan di tempat awam jika masih ada peniaga yang berdegil.
Perkara ini juga bukan pertama kali berlaku, masih ramai peniaga di luar sana yang melakukan perkara yang sama. Oleh itu, semoga semua peniaga mengambil cakna untuk tidak mengambil kesempatan pada kemudahan awam.
Lihat video penuh:
Baca juga: “Untung ke jual RM1?” – Netizen Persoal Peniaga Jual Nasi Lemak Murah Tepi Jalan
Baca juga: Hanya Minta Sedikit Air Panas Untuk Susu Anak, Pekerja Ini Dipuji Siap Tolong Basuh Botol