Categories: Infomasi

Lelaki Bengang Jiran Tingkat Bawah Masak Di Beranda Apartment Sampai Lantai Rumah Berminyak

Duduk di apartment, persekitarannya takkan sama dengan rumah atas tanah, perlu lebih prihatin dengan jiran kerana ruang agak terhad, segala perkara yang dilakukan perlu lebih terhad atau ia akan mengganggu penghuni lain.

Baru-baru ini, satu video tular di TikTok apabila seorang penghuni apartment yang dikenali sebagai @daddydos menzahirkan rasa bengang terhadap tingkah laku yang tidak prihatin oleh jirannya dari tingkat bawah.

Dalam video yang telah meraih lebih daripada 2 juta tontonan dalam masa 2 hari itu, dia bengang kerana lantai rumahnya berminyak sehinggakan baju yang baru dijemur itu berbau minyak dek kerana jiran tingkat bawah jadikan ruang beranda sebagai tempat memasak.

Baca juga: ‘Selamber’ Makan Mata Lembu, Aksi Gadis Ini Buat Netizen Rasa Kembang Tekak

Masalah jiran, masalah management

@daddydos

masalah jiran ✅ . masalah managment bodoh ✅ …. takut sgt nak ambil tindakkan. 😡 habis lantai rumah berminyak baru yg jemur baru minyak .. hadoii. korang penah ada kes camni tak 😣? masalah jiran tak prihatin… kang aku bakar satay baru tahu…#fypシ #fyp #thankyouforyoursupport #comment #viral #jirandarineraka

♬ original sound – Bubih – Bubih

Memandangkan video ini tular, lelaki ini menjelaskan bahawa dia sudah laporkan perkara ini kepada pihak pengurusan residensi, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.

Katanya, masalah ini berlaku hampir setahun dan bukan sahaja laporkan kepada pihak pengurusan, malah dia juga pernah bersemuka dengan jiran tersebut.

“Siapa je yang tak marah kan, balik kerja, nak angkat kain, tahu-tahu bau minyak, lantai berminyak, dia kata tu rumah dia, kita pelik juga asal management elak.”

“Kalau dia nak goreng dekat dalam rumah dia tak kisah, goreng kat dapur tak kisah ada bau pun, tapi kalau dah beranda tu, apartment kot, prihatin lah sikit.”

Bagaimanapun, demi menjaga keharmonian rukun tetangga, lelaki ini cuba elak daripada membuat kecoh cuma adakalanya kesabaran diuji.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji dengan sikap positif lelaki ini dan ada juga yang meminta cadangan kepada lelaki ini agar mensarankan jiran tingkat bawah itu untuk pasang penghadang supaya asap gorengan itu tidak ‘melekat’ ke rumahnya.

Disamping ramai yang memberikan cadangan untuk balas semula dengan pelbagai cara, ada juga yang menyarankan agar lelaki ini boleh buat laporan kepada majlis bandaraya yang berkaitan dengan lokasi dia menetap.

Lokasi kejadian tidak didedahkan, apapun diharap agar lelaki ini bersabar dan semoga dapat rumah baru yang lebih tenteram.


Sumber: TikTok @daddydos
Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Buat Sendiri Burger Ala Prosperity, Puas Hati Boleh Makan Satu Keluarga!

Resepi prosperity burger ini tidak susah mana. Malah, kebanyakan bahan-bahan yang diperlukan biasanya sudah ada…

8 hours ago

Chef Zam Kongsi Resipi Mi Segera Asam Laksa Yang Kaw, Buat 1 Bungkus Tak Cukup!

Siapa penggemar Maggi Asam Laksa pasti tahu betapa lazatnya dapat makan mi segera dengan kuah…

9 hours ago

Tips Simpan Epal Supaya Tak Cepat Rosak, Segarnya Tahan Lama!

Apabila ditanya tentang buah yang mudah dimakan pada bila-bila masa, semestinya epal menjadi pilihan. Setelah…

9 hours ago

Resepi Bingka Ubi Kayu Bakar, Cara Ini Dapat Hasil Kerak Lebih Garing!

Nak buat hidangan minum petang yang lazat untuk keluarga tersayang di rumah, anda boleh cuba…

10 hours ago

Cara Masak Tomyam Tanpa Pes, Resipi Tak Pedas Sesuai Untuk Budak

Cara masak tomyam yang sedap sebenarnya sangat mudah jika anda menggunakan resipi ini kerana tidak…

11 hours ago

Wanita Ini Kongsi Resipi Gulai Ikan Ayo, Nak Lagi Berlemak Tambah ‘INI’!

Gulai ikan ayo (tongkol) adalah hidangan klasik Kelantan yang sering dihidangkan bersama nasi dagang. Resipi…

12 hours ago