Categories: Resipi

Lebihan Nasi Jangan Dibuang, Boleh Buat Apam Nasi Yang Lembut!

Kalau ada lebihan nasi, jangan dibuang! Sebab boleh buat apam nasi yang lembut untuk sarapan atau minum petang.

Kebiasaan orang makan apam nasi cicah dengan kelapa parut yang dicampur dengan garam. Sedapnya! Jom cuba buat nanti, ikut je resipi di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Badak Berendam, Kuih Legend Orang Pantai Timur Yang Lemak Manis!

Resipi Apam Nasi Yang Lembut

Bahan-bahan:

  • 1 cawan nasi
  • 1 ½  cawan air
  • 2 cawan tepung beras
  • ½  cawan tepung gandum
  • ½  cawan gula – boleh tambah jika suka
  • 3 sudu kecil mauripan
  • 1 – 2 sudu kecil minyak masak
  • Secubit garam

Cara-cara:

1. Kisar nasi bersama 1 cawan air terlebih dahulu supaya nasi hancur halus. Kemudian baru tambahkan ½  cawan air dan kisar sekali lagi.

2. Tuang bahan kisar ke dalam belas tepung-tepung, gula dan mauripan. Gaul sebati.

3. Perap selama ½  jam atau sehingga naik. Kacau semua adunan. Masukkan pewarna yang disukai.

4. Tuang 3/4 atau penuh acuan kecil yang sudah disapu sedikit minyak.

5. Kukus selama 15 hingga 20 minit. Siap!

6. Boleh dimakan bersama kelapa parut putih yang digaul dengan secubit garam. (kelapa dikukus dahulu)

Kredit: Zura Zul

Baca juga: Resipi Donut Gebu Hanya Guna 5 Bahan, Tak Perlu Rehatkan Doh!

Baca juga: Resipi Kuih Sagu Merah Paling Senang, Tak Perlu Masak Dulu Baru Kukus

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

1 day ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

1 day ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

1 day ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

1 day ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

1 day ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

1 day ago