Jika anda baru nak belajar memasak, bolehlah mula dengan lauk pauk di bawah ini terlebih dahulu.
Semua menu ini cukup mudah dan tidak memerlukan banyak bahan. Malah, ia boleh diolah menggunakan pelbagai jenis protein yang disukai.
Bukan itu saja, masakan ini juga sesuai untuk anda yang bakal berkahwin dan mahu menambat hati suami dengan masakan.
Baca juga: Api Dapur Gas Menyala Kecil? Ini Cara Servis & Selamatkan Dapur Gas Kesayangan
1. IKAN MASAK SINGGANG
Lauk ini boleh dikatakan antara menu yang paling senang dimasak kerana hanya perlu menggunakan teknik merebus sahaja. Selain ikan, anda boleh tukar kepada sotong, daging atau ayam.
Cara memasak:
Didihkan air. Masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit, asam keping dan cili api. Kemudian masukkan protein dan perasakan. Boleh tambah sayuran seperti bendi dan tomato.
2. MASAK LEMAK CILI API
Resipi aunthentic Negeri Sembilan ini cukup mudah tapi sangat sedap. Anda boleh variasikan isinya seperti ayam, udang, ketam, telur masin dan banyak lagi.
Cara memasak:
Tumbuk cili api dan kunyit. Masukkan dalam periuk bersama serai, asam keping, santan, sedikit air dan daging. Didihkan. Kacau selalu. Tambah air jika perlu. Boleh tambah kentang jika suka. Perasakan. Siap.
3. MASAK BERLADO
Masak berlado ini boleh dikatakan menu kegemaran ramai. Sesuai dimasak dengan pelbagai jenis protein seperti ayam, telur, daging, udang, ketam, ikan mahupun kentang serta petai.
Cara memasak:
Kisar bawang merah, bawang putih, cili dan belacan. Tumis hirisan bawang Holland dulu hingga wangi kemudian masukkan bahan kisar. Masak sehingga kering dan berubah warna. Masukkan asam keping. Masukkan sikit air jika suka berkuah. Masukkan protein yang sudah digoreng. Perasakan. Siap.
4. MASAK LEMAK PUTIH
Menu ini cukup lazat jika digandingkan dengan sambal belacan, ikan goreng atau ayam goreng.
Oleh itu, sesiapa yang baru belajar memasak sangat sesuai belajar masak sayur ini. Sayur kubis boleh diganti dengan terung atau sayur campur.
Cara memasak:
Tumbuk bawang putih, bawang merah, lama hitam dan ikan bilis. Masukkan dalam periuk bersama sayuran, santan dan sedikit air. Reneh hingga sayur lembut. Perasakan. Siap.
5. MASAK BENING
Ini merupakan menu asas masakan untuk sayur. Bayam boleh digantikan dengan sawi, kubis dan sayur-sayuran lain. Ianya juga sesuai dimakan bersama ikan goreng berlada atau ikan goreng dan sambal belacan.
Cara memasak:
Didihkan hirisan bawang merah dan bawang bawang putih bersama ikan bilis. Masukkan sayuran. Perasakan dan tambah lada putih. Siap.
Semoga bermanfaat!
Kredit: NorbayaDahalan
Baca juga: Jangan Simpan 21 Makanan Ini Dalam Peti Sejuk, No. 5 Paling Ramai Buat!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…