laksa goreng penang

Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan Padang Kota. Hidangan ini ringkas tetapi sangat memikat, sesuai untuk mereka yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza.

Ada beberapa cara untuk pastikan rasa laksa ini lebih sedap iaitu pastikan laksa tidak terlebih masak semasa proses memasak supaya teksturnya kekal kenyal dan sedap. Selain itu, untuk rasa pedas yang lebih menyerlah, tambahkan cili padi yang dihiris halus ke dalam tumisan.

Jom baca resipi lengkap ini!

Baca lagi: Resipi Rebung Tumis Cili Padi, Menu Legend Atok Nenek Zaman Dulu

RESIPI LAKSA GORENG PENANG

Bahan-Bahan Laksa Goreng Penang:

  • Laksa pendek: 1 paket.
  • Bawang putih: 3 ulas (dicincang halus).
  • Tauhu: 1 ketul (dipotong dadu dan digoreng).
  • Cili kisar: 1 sudu besar.
  • Telur ayam: 3 biji.
  • Kicap pekat karamel: 3 sudu besar.
  • Kicap cair: 2 sudu besar.
  • Kicap manis: 3 sudu besar.
  • Sos tiram: 2 sudu besar.
  • Gula: 3 sudu besar.
  • Garam: 2 sudu besar.
  • Tauge: 2 mangkuk kecil.
  • Kucai cina: 2 mangkuk kecil.

Cara Memasak Laksa Goreng Penang:

1.  Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang putih sehingga kekuningan dan berbau harum.

2.  Tambahkan tauhu yang telah digoreng, kacau seketika, dan masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.

3. Masukkan telur ayam dan kacau sehingga sebati dengan bahan tumisan.

4. Masukkan laksa pendek ke dalam kuali, diikuti dengan kicap pekat karamel, kicap cair, kicap manis, sos tiram, gula, dan garam. Kacau hingga semua bahan bercampur rata.

5. Tambahkan tauge dan kucai, kacau selama kira-kira satu minit sahaja untuk mengekalkan kesegaran sayur.

6. Tutup api dan hidangkan laksa goreng bersama cili jeruk atau cili potong untuk rasa tambahan.

Selamat mencuba laksa goreng yang sedap ini

Sumber: Fienaz Shafie

Baca lagi: Resipi Kuih Peneram 4 Bahan Sahaja, Kena Ikut PETUA Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN