Musim buah durian sudah tiba! Apa lagi, pelbagai hidangan menu yang boleh divariasikan dengan buah durian kan. Salah satunya adalah Kuih Seri Muka Durian.
Apa beza kuih talam dan kuih seri muka ? Yang ketara adalah pada lapisan bawahnya. Kalau kuih talam, ianya menggunakan tepung dan seri muka pula ianya menggunakan pulut yang dikukus sebagai lapisan bawah.
Baca juga: Kuih Koci Labu Sukatan Cawan Cara Dulu Dulu, Sedap Rasa Lemak Manis Intinya
Selain daripada makan begitu saja, buah durian sering digunakan dalam pelbagai jenis menu masakan atau judah kuih. Kreatif orang Malaysia kita kan. Macam-macam menu masakan berasaskan durian yang boleh dicuba.
Ikuti resipi kuih dari perkongsian Cik Puan Iedaa Jahaya dari laman Facebook ini. Memang sedap untuk dicuba.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan kuih seri muka:
1. Campur semua bahan kecuali isi durian. Gaul sebati hingga tak berketul.
2. Tapis masuk ke dalam periuk. Tuang isi durian yg di kisar tadi. Masak sekejap dengan api sederhana.
3. Kacau sentiasa hingga sedikit pekat. Tutup api
4. Tuang ke atas lapisan pulut tadi. Kukus 25 minit.
5. Pastikan air kukusan tak menitik bahagian lapisan atas kuih. Dah masak sejukkan dahulu.
6. Sedia untuk dipotong dan dihidang.
RESIPI KUIH TALAM DURIAN
Bahan lapisan bawah:
Cara buat lapisan bawah:
1. Satukan semua bahan dan tapis masuk periuk.
2. Masak atas api sederhana hingga sikit pekat. Tutup api.
3. Tuang dalam loyang yang telah disapu minyak dan dilapik plastik.
4. Panaskan kukusan terlebih dahulu dan kukus kira-kira 25 minit.
5. Dah masak, cakar-cakar kan sedikit kuih sebelum di tuang lapisan atas nanti.
Bahan lapisan atas:
Cara buat lapisan atas:
1. Sebatikan semua bahan. Kecuali isi durian. Tapis masuk periuk.
2. Baru masukkan isi durian.
3. Kacau atas api sederhana hingga naik wap. Tuang atas lapisan bawah
4. Kukus kira-kira 25 minit.
5. Dah masak tunggu sejuk. Baru potong dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba kedua-dua resipi ini
Baca juga: Kuih Tako Jagung Sukatan Cawan, Comel Sangat Buat Bentuk Macam Ini!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…