Categories: Infomasi

Kuih Seri Muka Pandan Cara Orang Dulu-dulu, Buat Sendiri Lagi Puas

Jom buat Kuih Seri Muka Pandan cara orang dulu-dulu, memang wangi, sedap dan rasa pandan tu memang terbaik. Tak payah tunggu sejuk sangat, suam-suam tu dah sedap makan.

Ada pelbagai nama untuk kuih ini iaitu kuih talam, talam pulut, dan lain-lain. Walaupun namanya pelbagai tapi tahu kuih apa yang dimaksudkan.

Baca juga: Kuih Seri Muka Guna Sukatan Cawan, Mudah Untuk Yang Baru Berjinak Nak Buat 

Kalau penulis sendiri, panggil kuih seri muka. Sebab bagi penulis kuih talam tu bila kedua-duanya tepung dan tiada pulut.

Sedar tak sedar, kalau kita search di google sekali pun, ada yang panggil kuih talam ni untuk yang ada pulut di bahagian bawah. Jadi, untuk elakkan ia menjadi salah faham, kita sebut je nama sebagaimana yang kita faham dan biasa je.

Dalam perkongsian kali ni, kuih tradisional ini resipi asalnya dikongsikan oleh Mr Ali. Simple dan bahan-bahan yang digunakan semuanya ada dekat dapur je.


RESIPI KUIH SERI MUKA PANDAN

Saiz loyang: Jenis petak 8 inci (lapik plastik)

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 4 cawan santan pekat
  • 2 sudu teh garam

Bahan-bahan topping:

  • 5-6 helai daun pandan
  • 2 biji telur gred A
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum

Cara buat bahagian bawah:

1. Cuci pulut bersih dan toskan sekejap.

2. Kemudian, masukkan santan dan garam. Kacau sampai sebati.

3.  Seterusnya, masukkan pulut ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit.

4. Dah cukup masa, angkat dan penyet-penyetkan bagi padat.

Cara buat topping:

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar. Kisar sampai semua bahan halus dan sekata.

2. Kemudian, masukkan dalam pulut yang telah dipadatkan tadi.

3. Cakar-cakar sikit gunakan garfu supaya kedua-dua bahagian ini melekat elok.

4. Kemudian, kukus lagi selama 30 minit.

5. Dah cukup masa, biarkan suam. Potong dan sedia untuk dihidangkan!


Kuih seri muka pandan ini sesuai kalau nak buat makan petang atau makan pagi. Sedap juga kalau buat sebagai makanan tambahan atau dessert kalau ada event atau majlis-majlis kan.

Nak buat kuih ini kene pandai dan jangan sampai tersilap. Santannya kena betul, dan sebaiknya yang tak cukup daun pandan, jangan gunakan perasa pandan. Risau lari sikit rasanya. Hilang rasa keasliannya.

Selamat mencuba!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago