kuih-pulut-serunding-kelapa

Korang sempat merasa kuih pulut serunding kelapa? Kalau tengok je kuih ini terus terimbau zaman sekolah sebab setiap kali waktu rehat, wajib beli kuih ini. Cepat kenyang dan sedap!

Tapi sekarang, dah jarang nak tengok orang menjual kuih pulut serunding ini. Mungkin sebab ia melibatkan pulut dan juga kelapa parut untuk dibuat serunding.

Kalau terserempak dengan penjual kuih-muih pun mesti ada yang tak kena dengan tekak kita. Kadang dapat pulut yang tak berapa lembut atau serundingnya pula tawar.

Baca juga: Cara Senang Masak Pulut Tanpa Sukat Air, Pulut Takkan Lembik & Mentah Lagi

Kuih ini kalau nak sedap pulutnya kena tanak dengan betul hingga lembut. Serunding kelapanya pula kena cukup rasa dengan aroma pedasnya. Barulah kombinasi tersebut menjadi lagi sedap.

Jom kita ikuti resipi dari perkongsian Facebook Azlynn’s Kitchen yang katanya ikut cara ibunya iaitu Pn Hajjah Napsiah Hj Abd. Malek.

Kalau cuba sekali pulut serunding ni pasti lepas ni akan jadi kuih kegemaran korang juga.


Resipi Kuih Pulut Serunding Kelapa

Bahan Serunding Kelapa:

  • 2 biji kelapa parut (ambil betul-betul putihnya sahaja)
  • 1 mangkuk cili kering yang dah siap dikisar
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 6-8 batang serai
  • Segenggam ikan bilis
  • 2 ½ cawan gula
  • 1 ½ sudu garam kasar
  • Sedikit perasa

Bahan Pulut:

  • ½ kilo beras pulut – dibasuh bersih dan toskan’
  • 3 ½ cawan air
  • 1 sudu kecil garam kasar
  • 4 sudu minyak masak

Untuk pulut, nak masaknya tak perlu dimasukkan santan. Namun perlulah dimasak lembut supaya nanti sedap dimakan dengan serunding kelapa. Walaupun tak bersantan, rasa lemak manis kuih ni nanti datangnya dari kelapa parut serunding tu sendiri.


Cara buat inti serunding:

1. Mula-mula kisar bawang besar, bawang putih, serai dan juga ikan bilis.

2. Kemudian panaskan kuali, dan masukkan kesemua bahan ke dalam kuali. Biarkan sehingga inti serunding kelapa ni kering dan pedas.

3. Dah siap, ketepikan.

Cara buat pulut:

1. Sediakan periuk, kemudian masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak.

2. Masak atas api. Selepas pulut dah kering, baru masukkan minyak masak. Kacau ia dan biarkan sampai pulut masak sepenuhnya.

3. Selepas dah masak sepenuhnya, sendukkan pulut dan masukkan dalam mangkuk kecil. Padat-padatkan.

4. Kalau anda suka yang bentuk membulat, boleh bentukkan.

5. Kemudian letak atas serunding kelapa dan golek-golekkan sehingga sekata. Gaul-gaulkan kalau nak serunding kelapa tu bersalut lebih tebal.

6. Dah siap, bolehlah dihidangkan!


Buat hidangan minum petang memang betul-betul sedap ni. Hidangkan sekali dengan teh panas. Sambil makan pulut dan serunding pedas, sambil hirup air panas.

Kalau buat bentuk pulutnya tu saiz lebih kecil sikit, lagi sedap kalau dapat terus ngap masuk seketul dalam mulut. Baru puas makan kuih ni.

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Kuih Angku Versi Halal (Kuih Tradisional Cina) Lain Warna Lain Intinya, Tapi Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN