Categories: Resipi

Kuih Pulut Sekaya ‘Lejen’, Resipi Orang Lama Ini Ada Petua Bagi Berlemak Elok

Apabila sekali pandang kuih Pulut Sekaya, memang nampak serupa dengan kuih seri muka. Ramai yang nak tahu kesedapan kuih legend ini sampaikan mencari resipi untuk membuatnya.

Kuih Pulut Sekaya adalah kuih yang popular di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia, terutama di negeri Kelantan dan sesetengah tempat memanggilnya Pulut Tok Aji Serban atau Pulut Tok Serban.

Nak makan kuih Pulut Sekaya yang lebih terasa asli, anda boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Eyda Rany di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Kuih Sekaya Telur Berongga, Rasa Lemak Manis Gula Melaka Yang Cukup Padu!

RESIPI KUIH PULUT SEKAYA

Bahan-bahan lapisan bawah:

  • 1 cawan pulut
  • Santan (sama paras dengan pulut, bukan sama banyak)
  • 1 sudu teh garam
  • 2 camca gula (tak letak pun tak apa)

Bahan-bahan lapisan atas:

  • 5 biji telur (pastikan buang pusat telur)
  • 1 camca tepung gandum (tak nak letak pun tak apa, sebab tujuannya cuma nak bagi keras sedikit selepas masak, senang nak potong)
  • 1 sudu teh garam
  • ¾ cawan gula, ikut tahap manis masing-masing
  • Sedikit serbuk kulit kayu manis, dalam setengah cubit (tak nak letak pon tak pa)
  • 2 cawan santan
  • 10 hingga 15 helai daun pandan

*kisar santan dengan daun pandan, tapis dan perah, kemudian kisar semua bahan. 
*saya guna 6 biji telur sebab saya guna telur gred C.
*saya guna saiz loyang 22cm.
*jika jenis suka pulut yang tebal, boleh lebihkan pulut.
*nak lemak berkrim guna santan kelapa asli, saya guna sebiji kelapa untuk resepi ini.

Cara-cara membuat kuih pulut sekaya:

1. Mula-mula kena sediakan adunan lapisan atas dengan mengisar santan bersama daun pandan. Tapis dan perah, kemudian kisar semua bahan lapisan atas.

2. Selepas itu, boleh sediakan adunan lapisan bawah pula dengan membasuh pulut bersih-bersih dahulu. Masukkan santan, kemudian letakkan garam dan gula.

3. Seterusnya, kukuskan sehingga pulut masak.

4. Kemudian, gaul dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.

5. Selanjutnya, tuangkan adunan lapisan atas yang telah dikisar ke atas adunan lapisan pulut yang telah dimampatkan.

6. Akhir sekali, kukus semula sehingga lapisan atas masak (cara nak tahu dah masak atau belum, cucuk guna garfu). Setelah sejuk, bolehlah dipotong. Siap untuk dinikmati!

Kuih Pulut Sekaya ini enak dinikmati ketika minum petang dengan air kopi atau teh O di rumah bersama keluarga tersayang.

Selamat mencuba!

Sumber: Eyda Rany

Baca juga: Cara Masak Pulut Kuning Tanpa Kukus, Lebih Mudah Guna Periuk Nasi Je!

Aimi

Recent Posts

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!

Asam pedas merupakan hidangan istimewa yang cukup terkenal di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Nak…

9 hours ago

Resipi Red Velvet Cupcake Dengan Topping Cream Cheese, Terliur Tengok!

Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air…

10 hours ago

Resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado, Lauk Tunggu Gaji Yang Jimat Tapi Sedap!

Sementara menunggu gaji masuk, mestilah nak buat lauk paling jimat. Oleh itu, kami cadangkan anda…

12 hours ago

Resepi Roti Telur Cheese Lain Dari Yang Lain, Idea Sarapan Menarik Yang Wajib Dicuba

Setiap hari memikirkan sarapan apa yang sedap untuk seisi keluarga di rumah. Selalu buat roti…

12 hours ago

Resepi Tiramisu Mudah, Wanita Ini Tunjuk Langkah Demi Langkah Sampai Lembut Berkrim

Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…

1 day ago

Cucur Badak Frozen Lembut Dan Gebu, Nak Buat Inti Sedap Guna Resipi Ini

Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…

1 day ago