Kuih Pulut Merah Cina adalah sejenis kuih tradisional yang popular di kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Kuih ini diperbuat daripada tepung beras pulut yang diwarnakan dengan pewarna merah.
Kuih ini biasanya letakkan atas daun pisang dan kemudian dikukus sehingga masak. Ia juga mempunyai tekstur yang lembut dan kenyang serta mempunyai rasa berlemak manis dari campuran kacang tanah dan gula.
Baca juga: Kuih Angku Versi Halal (Kuih Tradisional Cina) Lain Warna Lain Intinya, Tapi Sedap!
Kebiasaanya, ia selalu dihidangkan semasa majlis perkahwinan, perayaan atau acara keagamaan sebagai hidangan pencuci mulut atau kudapan tradisional. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai versi kuih pulut merah yang berbeza mengikut tradisi dan resipi keluarga.
RESIPI KUIH PULUT MERAH CINA TANPA ACUAN
Bahan-bahan:
- 1/2 kg tepung beras pulut
- Dua-tiga titik pewarna merah
- Secubit garam
- 15 sudu besar kacang tumbuk + dengan 10 sudu besar gula kasar (tambah gula jika ingin lebih manis)
- 1/2 sudu kecil minyak masak
- Daun pisang yang telah dicuci dan direbus, potong empat segi saiz 7 x 7 cm
Cara-cara penyediaan:
- Campurkan tepung beras pulut dengan pewarna merah, garam, dan minyak masak dalam sebuah mangkuk.
- Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung sehingga adunan menjadi lembut tetapi tidak melekit di tangan.
- Bahagikan adunan kepada 15 bahagian dan bulatkan. Lepaskan bulatan adunan dan isi dengan campuran kacang tumbuk dan gula.
- Letakkan adunan di atas daun pisang (untuk mengelakkan melekit, sapukan sedikit minyak masak pada daun pisang sebelum meletakkan adunan).
- Kukus kuih selama 10-15 minit.
- Hidangkan kuih panas-panas.
Selamat mencuba.
Sumber: Koleksi Resepi FB
Baca juga: Cucur Nasi Orang Cina, Sesuai Untuk Budak-Budak Yang Taknak Nasi