kuih ketayap mudah

Hari ini kami kongsikan resipi kuih ketayap mudah yang digemari ramai terutama sebagai pencuci mulut. Dengan kulit yang lembut dan inti kelapa yang manis, sesuai dinikmati pada waktu petang bersama teh atau kopi.

Namun begitu, kuih ketayap memerlukan sedikit teknik yang betul untuk dapat hasil yang sempurna. Contohnya, kulit yang tidak terlalu tebal mahupun nipis.

Berikut adalah resipi ketayap yang mudah diikuti dan boleh dinikmati oleh seisi keluarga.

Baca lagi: Resepi Roti Sardin Gulung Tanpa Serap Minyak, Rangup Sampai Ke Petang!

RESIPI KUIH KETAYAP MUDAH

Bahan-Bahan untuk Kulit Ketayap:

  • 2½ cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air pandan
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • Pewarna hijau (jika mahu)

Cara Penyediaan Kulit Ketayap:

1. Campurkan tepung gandum, santan pekat, air pandan, telur, dan secubit garam dalam satu mangkuk besar.

2. Gunakan pengisar atau blender untuk mengadun semua bahan sehingga sebati.

3. Setelah itu, tapis adunan untuk menghilangkan ketulan tepung atau bahan yang tidak halus.

4. Titiskan sedikit pewarna hijau (jika suka) untuk memberi warna menarik pada kulit ketayap dan kacau sehingga warna sebati.

5. Panaskan kuali leper (non-stick pan) dan oleskan sedikit minyak untuk mengelakkan ketayap melekat.

6. Setelah pan panas, tuangkan sedikit adunan kulit ke dalam pan dan ratakan menggunakan senduk.

7. Masak hingga tepi kulit kelihatan mula lekang dari pan, kemudian angkat dan ketepikan. Ulangi proses ini hingga semua adunan habis. Setiap kali, pastikan untuk oleskan minyak pada pan agar kulit tidak melekat.

kuih ketayap mudah

Bahan-Bahan untuk Inti Kelapa:

  • 1 biji kelapa parut putih
  • ¾ hingga 1 cawan gula merah
  • ½ cawan air
  • Daun pandan

Cara Penyediaan Inti Kelapa:

1. Dalam periuk, campurkan air, gula merah, dan daun pandan. Masak hingga gula larut dan air mendidih.

2. Masukkan kelapa parut ke dalam periuk dan kacau rata.

3. Masak inti hingga hampir kering, pastikan kelapa cukup lembap namun tidak terlalu basah.

4. Taburkan sedikit tepung gandum dan kacau lagi hingga inti sebati dan siap untuk digunakan.

5. Ambil sehelai kulit ketayap yang sudah masak dan letakkan inti kelapa di tengahnya.

6. Gulung ketayap dengan kemas, pastikan inti kelapa tertutup rapat di dalamnya.

7. Ulangi proses ini untuk baki kulit ketayap yang ada.

Tips: 

  • Pastikan kuali yang digunakan panas sebelum menuang adunan kulit. Ini penting untuk memastikan ketayap masak dengan sempurna.
  • Setiap kali memasak kulit, pastikan untuk mengoleskan minyak pada kuali supaya kulit ketayap tidak melekat.
  • Untuk mengelakkan kulit ketayap melekat antara satu sama lain semasa digulung, pastikan ia masak sepenuhnya dan biarkan ia sejuk sedikit sebelum digulung.
  • Jika kulit terlalu lembik, anda boleh biarkan sedikit sejuk sekejap di atas permukaan rata supaya mudah digulung.

Sumber: Noraslinda Md Radzhi 

Baca lagi: Resipi Ayam Goreng Sedap Dari Biasa, Gerenti Hari-Hari Nak Buat!

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN