kuih jongkong

Kuih Jongkong Perak adalah kuih yang popular di Perak. Kuih ini juga terkenal dengan lapisan luar lembut dan inti gula melaka yang pekat. Setiap suapan pasti memberikan rasa yang memuaskan.

Resipi ini mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur. Dengan hanya beberapa bahan asas seperti tepung, santan, dan gula melaka, sesiapa pun boleh mencubanya di rumah.

Kuih ini juga sedap dinikmati sebagai pencuci mulut atau snek bersama seisi keluarga. Jom kita lihat cara untuk membuat kuih jongkong perak yang sedap ini!

Baca juga: Cara Buat Kuih Nona Manis Sedap Berlemak, Licin & Cantik Bila Keluar Dari Acuan

RESEPI KUIH JONGKONG PERAK

Bahan nahagian hijau:

  • 250 gram tepung beras
  • 50 gram tepung ubi
  • 500 ml air daun pandan – 5 helai
  • 500 ml air
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 sudu kecil air kapur
  • ½ sudu kecil garam

Bahan bahagian santan:

  • 500 ml santan pekat
  • ½ sudu kecil garam

Bahan lain:

  • Gula pasir
  • Daun pisang
  • Lidi /stapler

Cara cara:

1. Satukan semua bahan untuk lapisan hijau hingga sebati. Masak atas api perlahan sambil dikacau sehingga pekat dan berkilat.

2. Setelah masak, masukkan dalam bekas besar, ratakan dan sejukkan. Setelah sejuk, bolehlah dipotong seperti bentuk jongkong emas.

kuih jongkong

3. Di tengah tengah daun pisang diletakkan sepotong lapisan hijau. Masukkan 1 sudu besar gula dan akhir sekali, masukkan 3 sudu besar santan.

kuih jongkong

4. Daun pisang dilayur atas dapur supaya tidak mudah koyak. Lipat acuan daun pisang tadi seperti membungkus tapai dan matikan dengan sehelai daun pisang bersaiz kecil di tengah bungkusan. Semat dengan stapler atau lidi untuk mengemaskannya.

5. Susun dalam periuk pengukus dan dikukus selama 20-30 minit.

6. Bolehlah diangkat dan dihidangkan. Selamat mencuba!

kuih jongkong

Kredit resipi dan gambar: Cempaka Iris Yaya

Baca juga: Resipi Kuih Serabai Dengan Kuah Manis, Lembut Dan Berongga Elok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN