Setiap kali kita dengar ada keluarga atau kawan-kawan yang bercuti ke Sabah, mesti kita nak kirim Kuih Cincin yang sedap dari sana.
Kuih Cincin merupakan salah satu kuih tradisional kaum Brunei yang menjadi antara ole-ole wajib jika pulang dari Sabah.
Kuih Cincin dibuat secara tradisional di Papar, Sabah dengan menggunakan gula, gula nipah atau gula apong, tepung beras, minyak masak, air dan gula Melaka.
Adunan Kuih Cincin akan dibentuk seperti bunga cincin sebelum dicelup dengan adunan tepung beras dan digoreng.
Istimewa buat anda yang teringin Kuih Cincin tapi tak kesampaian ke Sabah, kami kongsikan resipi daripada Riena Eris di Facebook. Jom cuba!
Baca juga: Karipap Inti Bihun, Hanya Boleh Jumpa Di Sabah Kini Boleh Buat Sendiri!
RESIPI KUIH CINCIN
Bahan-bahan:
- 1-2 ketul gula melaka atau gula kabung
- 1 cawan gula merah
- ½ cawan gula pasir
- 2 sudu minyak masak
- 4 cawan tepung gandum
- 1 sudu garam
- 1 mangkuk air
- Bancuhan tepung beras (1 cawan tepung beras)
Cara-cara:
1. Potong kecil-kecil gula melaka dan gula merah, masukkan air 1 ½ cawan dan masak hingga hancur gula. Tutup api dan ketepikan.
2. Sementara tunggu air gula suam sikit, sediakan gula dan campur dengan minyak masak 2 sudu dan garam.
3. Campurkan air gula melaka ke dalam gula putih dan kacau rata.
4. Masukkan tepung gandum dan ulilah hingga jadi doh lembut.
5. Boleh la canai hingga jadi agak nipis. Gunakan tepung untuk elakkan adunan dari melekat semasa mencanai.
6. Kemudian terap bentuk bulat besar dan bulat kecil di dalamnya.
7. Kemudian goreng dalam minyak panas, sebelum itu celup dulu dalam air sekilas dan terus masuk dalam minyak panas. Kemudian angkat dan keluarkan.
8. Dah siap goreng, celupkan pula dalam tepung beras dan gorenglah untuk kali ke dua. Siap!
Patutlah Kuih Cincin jadi kuih kebanggaan orang Sabah. Bila kunyah, rasanya enak dan rangup yang pasti akan buat keluarga anda makan berkali-kali.
Selamat mencuba!
Sumber: Riena Eris
Baca juga: Kuih Pisang Hijau Sabah, Antara Kuih Tradisional Bugis Yang Sedap!