Jom buat Kuih Cakoi Goreng dan kebiasaannya kuih ini dihidangkan ketika minum petang atau berbuka puasa. Memang nikmat jika dinikmati bersama kopi atau teh panas.
Sambil-sambil itu cicah pula dengan kaya pandan, fuhh penuh rasa tu dalam mulut.
Baca juga: “True Malaysian,” – Makcik Jual Cakoi Ini Fasih ‘Giler’ Berbahasa Kantonis
Selain dimakan bersama-sama dengan kaya, ia juga boleh dicicah dengan kuah pandan atau kastard. Bagi gemar rasa manis boleh gandingkan bersama susu manis.
Bagi yang meminati kuih cakoi goreng ini, boleh ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Sophea Amri ini. Resipi perkongsiannya sangat simple, mudah dan lazat. Hanya guna 4 bahan ini sahaja.
Jom kita lihat cara membuatnya.
Bahan-bahan:
Cara-cara membuatnya:
1. Satukan air suam, yis dan gula. Kacau dan tunggu selama 15 minit sehingga naik buih (berbuih sikit je)
2. Tuang campuran yis tadi ke dalam bekas berisi tepung. Uli selama 15 minit. Kemudian rehatkan doh selama 60 minit.
3. Setelah doh kembang, bolehlah dipotong memanjang dan digelek.
4. Potong doh kecil-kecil dan cantumkan antara satu sama lain dengan sedikit air yang disapu pada permukaan.
5. Panaskan minyak yang banyak dan goreng sehingga keemasan.
6. Cakoi Goreng sedap dimakan bersama sangkaya pandan.
Nota tambahan: Saya suka buat kecil-kecil sebab layan makan satu mulut rangup gebu aje. Kalau nak buat besar-besar pun boleh, ikut selera masing-masing.
Terima kasih kepada Cik Puan Sophea Amri kerana sudi berkongsi resipi mudah membuat cakoi ini. Semoga bermanfaat buat semua!
Baca juga: Cara Buat Chinese Congee, Enak Dimakan Bersama Ayam Kukus Halia & Cakoi
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…