Categories: Resipi

Kuih Bom Bijan Labu Inti Kacang Hijau, Kekal Bulat Lepas Digoreng

Pernah cuba resipi Kuih Bom Bijan Labu Inti Kacang Hijau? Biasanya, kuih ini menggunakan inti kelapa dan kacang tanah. Kali ini anda boleh cuba buat kelainan. 

Yang seronoknya, resipi ini tak akan buat kuih meletup, lembut dan kekal bulat lepas digoreng. Elok molek saja kejadiannya. Nak jadi elok macam ini ada tips yang anda kena ikut. 

Baca juga: Kuih Dangai Gula Hijau Bakar, Resipi MUDAH Guna Sukatan Cawan

Tipnya adalah anda kena campur sedikit tepung gandum di dalam adunan puri labu atau keledek atau kentang. Kemudian, rehatkan bebola bom di dalam peti ais sebelum digoreng. Pastikan, goreng api sederhana.

Asal kuih bom ni dibuat menggunakan tepung pulut. Tapi kita perlukan tepung gandum sedikit untuk kekalkan bentuk kuih bom yang cantik dan tak meletup.


RESIPI KUIH BOM BIJAN LABU INTI KACANG HIJAU

Bahan inti:

  • 1/2 cawan kacang hijau – di rendam dalam air 3 jam
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 2 helai daun pandan – di simpul
  • 1 sudu besar tepung gandum

Cara-cara penyediaan inti:

1. Rebus kacang hijau hingga empuk dan kering airnya.

2. Masukkan gula dan kacau lagi hingga gula larut.

3. Kemudian, campur tepung gandum. Kacau hingga kacang kering tapi masih lembab.

4. Sejukkan inti dan bulat-bulatkan ia  sebesar biji guli.

Bahan bebola bom:

  • 1 1/2 cawan tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1/2 biji labu saiz kecil (jadikan 1 cawan setelah di lecek)
  • 1/3 cawan air atau secukupnya
  • Pewarna kuning
  • Secukupnya Bijan putih & hitam

Cara-cara penyediaan bebola:

1. Rebus labu hingga empuk. Kemudian, lecekkan ketika panas-panas.

2. Satukan tepung pulut, tepung gandum, garam, labu yang telah di lecek.

3. Tuang air & gaul hingga menjadi doh yang agak lembut.

4. Ambil sedikit doh, leperkan di atas tapak tangan. Letak inti kacang, tutup & gentel bulat. Satu adunan ni dapat 26 biji. Bergantung pada saiz yang di buat.

5. Campur bijan putih & hitam. Golek-golekkan bebola bom dengan bijan hingga rata. Kemudian, gentel sikit supaya bijan kuat melekat pada bom. Sejukkan dalam peti ais 3-4 jam atau semalaman.

6. Goreng di dalam minyak yang panas hingga keperangan. Angkat & toskan. Hidangkan panas-panas.


Selamat mencuba.

Sumber: Nor Al Fatihah T-hah

Baca juga: Kuih Lepat Liat Cara MUDAH, Hanya Guna Sukatan Cawan Saja

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

2 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

2 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

2 days ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

2 days ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

3 days ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

3 days ago