Categories: Resipi

Resipi Bingka Keladi Yang Wangi, Lembut & Berlemak, Makan Sepotong Dua Tak Cukup!

Mari kita sediakan minum petang atau sarapan dengan kuih tradisional kegemaran ramai iaitu bingka keladi. Kuih ini sangat jarang dijual oleh peniaga makanan.

Mungkin sebelum ini anda pernah mencuba bingka pandan, bingka jagung, atau bingka labu. Tapi kali ini, apa kata kita cuba bingka keladi yang lembut dan berlemak ini pula.

Baca juga: Resipi Bingka Susu Yang Mudah & Sedap, Simple Je Caranya!

RESIPI KUIH BINGKA KELADI LEMBUT DAN BERLEMAK

Bahan-bahan:

  • 2 1/2 cawan ubi keladi
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 3 biji telur (gred B, jika gred A 2 biji sahaja)
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1 sudu kecil esen vanila berkrim
  • 1 sudu besar keladi emulco
  • Sedikit pewarna ungu

Cara-cara:

  1. Sediakan penapis atau bekas yang tahan suhu kepanasan tinggi. Letakkan ubi keladi yang sudah dipotong kecil.
  2. Kukus selama 30 minit atau sehingga keladi menjadi lembut dan empuk sepenuhnya.
  3. Sambil tunggu ubi dikukus, kita siapkan bahan-bahan kuih yang lain.
  4. Pecahkan 3 biji telur ke dalam mangkuk. Fungsi telur ini untuk melembutkan tekstur kuih. Ketepikan.
  5. Sediakan pengisar, masukkan santan pekat, telur yang dipecahkan tadi, gula pasir, tepung gandum, tepung beras, garam, marjerin dan juga keladi yang sudah siap dikukus.
  6. Kisar semua bahan tersebut sehingga hancur sepenuhnya dan sebati selama 2 minit.
  7. Selepas itu, masukkan esen vanilla berkrim, keladi emulco dan pewarna ungu. Sambung kisar sehingga warna sebati sepenuhnya.
  8. Oleskan sedikit marjerin pada loyang saiz 10x10x3 inci. Marjerin ini berfungsi supaya kuih mudah dikeluarkan selepas siap dibakar nanti.
  9. Panaskan seketika loyang di dalam oven selama 5 minit.
  10. Selepas 5 minit, keluarkan loyang dari oven dan tuangkan adunan yang dikisar tadi.
  11. Kemudian, hentak-hentakkan sedikit loyang untuk pecahkan rongga udara.
  12. Akhir sekali, taburkan bijan putih ke atas adunan.
  13. Bakar kuih selama 1 jam 15 minit pada suhu 170°C menggunakan api atas bawah. Letak loyang di rak kedua supaya bahagian atas tak hitam.
  14. 5 minit terakhir tukar kepada api atas sahaja untuk merangupkan bahagian atas kuih.
  15. Sejukkan 3 hingga 4 jam sepenuh kuih dipotong.
  16. Sedia untuk menjamu selera, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Nurul Jannah

Baca juga: Sedapnya Bingka Kelapa, Kuih Tradisional Yang Makin Susah Nak Jumpa

Nasiha

Recent Posts

9 Makanan Instant Wajib Dibawa Ketika Travel, Yang ‘Last’ Tu Serius Berguna!

Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…

2 hours ago

Tip Tanam Pokok Daun Kesum, Guna Petua Ini Dijamin Lebat Merimbun!

Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…

4 hours ago

Kreatifnya Resepi Kuih Lopes Batik Ini, Cantik Dan Sedap Seperti Yang Asli!

Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…

4 hours ago

Resipi Kuih Puteri Ayu Gebu Gebas, ‘First Time’ Buat Pun Pasti Menjadi

Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…

4 hours ago

Resipi Tiramisu Tanpa Kuning Telur, Versi Ringkas Yang Senang Nak Buat!

Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…

5 hours ago

Laksa Siam Dengan Kuah Pekat Berlemak, Sumpah Sedap Sampai Mengidam!

Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…

5 hours ago