Categories: Resipi

Kuih Apam Mekar Dengan 5 Bahan, Lembut Dan Kembang Gebu Hasilnya

Antara kuih yang sentiasa laku keras dan mendapat permintaan ramai adalah kuih Apam Mekar kerana bukan saja caranya mudah, malah hasilnya sungguh cantik dan menawan.

Kuih Apam atau dipanggil apom merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Biasanya, kuih ini dibuat sebiji-sebiji dan berwarna putih.

Bagi membuatkan kuih Apam nampak lebih menarik, kadangkala pewarna dicampur ke dalam adunan dan hasilnya akan jadi cantik dan berwarna-warni.

Kuih ini boleh dibuat dalam pelbagai bentuk, tapi paling disukai ramai ialah kuih Apam Mekar kerana bentuknya yang menarik seperti bunga yang kembang mekar.

Baru-baru ini, Atikah Ahmad telah kongsikan resipi kuih Apam Mekar di Facebook yang hasilnya sungguh gebu walaupun hanya menggunakan 5 bahan saja. Jom kita cuba!

Baca juga: Apam Cornetto Guna 3 Bahan Mudah, Comel Dan Cantik Sekata Hasilnya

RESIPI KUIH APAM MEKAR

Bahan-bahan:

  • ½ cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan tepung naik sendiri atau self raising
  • 1 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu besar ovalette

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, putar semua bahan selama 10 hingga 11 minit dengan kelajuan paling tinggi.

2. Sementara itu, panaskan air dalam pengukus dan tutup penutupnya supaya wap air tak keluar dan bagi kesan pada apam untuk mekar cantik.

3. Kemudian, masukkan cawan kertas cupcake dalam acuan lompang dan letak adunan.

4. Akhir sekali, kukus sampai naik wapnya dalam masa 10 hingga 13 minit. Siap untuk dinikmati!

Buat pengetahuan anda, resipi kuih Apam Mekar ini menggunakan cawan matrix dan anda akan dapat dalam anggaran 45 hingga 50 biji. Jika ingin buat banyak, boleh gandakan adunan.

Selain sedap dimakan ketika sarapan, kuih ini juga boleh dinikmati sewaktu minum petang. Jika ada kelapa parut dan teh O panas, lebih bertambah kelazatannya.

Kami yakin awal tahun ini pasti ramai ada perancangan untuk buat jamuan atau kenduri, jadi eloklah simpan resipi ini siap-siap untuk digunakan nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Atikah Ahmad

Baca juga: Kuih Apam Puri Inti Kastard, Setiap Gigitan Rasa Lembut Berkrim Yang Puas!

Aimi

Recent Posts

Cara Buat Satay Bhalut Yang Sedang Viral, Rangup Dan ‘Juicy’ Di Dalam

Baru-baru ini telah viral tentang keenakan Satay Bhalut yang buat ramai teringin cuba sendiri di…

5 hours ago

Resepi Agar-Agar Santan Lapis Pelangi, Cantik Berkilau Bak Cermin Kejadiannya

Pantang ada masa terluang, mesti nak cuba resipi baru yang menarik. Kali ini, kami nak…

5 hours ago

Koktel Buah Segar Dan Kurang Manis, Boleh Buat Di Rumah Sepantas ABC!

Apabila cuaca panas, tekak rasa dahaga dan inginkan sesuatu supaya badan segar. Jika begitu, kami…

7 hours ago

Nasi Ambeng Johor Versi Cepat Siap, Resipi Ringkas Tapi Cukup Menyelerakan

Jika anda lahir di Johor dan berketurunan Jawa, pasti suka makan Nasi Ambeng Johor yang…

9 hours ago

Cara Masak Beras Basmathi, Guna Tips Ini Baru Lembut Dan Berderai Elok!

Pelbagai jenis nasi dibuat menggunakan beras basmathi seperti nasi minyak, nasi beriani dan banyak lagi.…

1 day ago

Resepi Kek Marble Gebu, Satu Adunan Saja Boleh Bakar Atau Kukus Dengan Mudah

Sesiapa saja yang suka makan kek pasti menyukai resepi Kek Marble gebu dan lembut. Lebih-lebih…

1 day ago