Ada hari jemu juga asyik makan nasi untuk makan tengah hari. Apa kata cuba resipi kuey teow pula. Makan dengan cili potong, memang boleh bertambah dibuatnya.
Kuey teow ini bermacam versi masakan boleh dibuat seperti sup dan goreng. Tapi, resipi hari ini MyResipi ingin kongsikan versi kuew tiaw goreng.
Bersama-sama tip tambahan dibawah, anda boleh mencuba resipi yang mudah ini. Jom baca.
Baca juga: Resipi Pucuk Ubi Sambal Kering, Ada Rahsia Supaya Garing & Tak Liat Bila Kunyah
Bahan-bahan:
Campuran:
Cara penyediaan:
1. Panaskan kuali hingga berasap, kemudian tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan udang dan kacau selama kira-kira 1 minit.
2. Perlahankan api dan masukkan kuetiau, tauge, dan cili blend. Kacau sehingga sebati.
3. Tambahkan campuran bahan bertanda (*) ke dalam kuali. Kacau rata.
4. Besarkan api semula dan masukkan telur. Ratakan telur di permukaan kuali dan kacau bersama kuetiau hingga sebati.
5. Akhir sekali, masukkan kerang dan daun kucai. Kacau seketika. Jangan goreng terlalu lama supaya kuew tiao tidak terlalu lembik.
Tip tambahan:
1. Jangan guna air langsung semasa goreng kuew tiao. Hanya gunakan kicap.
Sumber: Yana Ghazali, MomverlouzDish Aliaa
Baca juga: Kentang Putar & Sos Gravy, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Berbaloi!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…