Peminat mi pasti sudah makan pelbagai hidangan berasaskan kuey teow, tapi pernahkan anda mencuba Kuey Teow Ladna yang sedap sebelum ini?
Kuey Teow adalah sejenis mi Cina lebar diperbuat daripada beras yang sering digunakan dalam pelbagai hidangan masakan Cina dan salah satunya ialah Kuey Teow Ladna.
Biasanya ia disajikan bersama seafood seperti udang dan sotong, tapi buat mereka yang mempunyai alahan, hidangan ini juga enak dimakan bersama ayam atau daging.
Jika anda belum pernah makan dan teringin tahu bagaimana rasanya, boleh cuba resipi Kuey Teow Ladna yang dikongsikan oleh Norfadilah Ibrahim di Facebook ini.
Baca juga: Rupanya Ini Tips Goreng Kuey Teow Supaya Tak Kembang, Lembik Atau Hancur
RESIPI KUEY TEOW LADNA
Bahan-bahan:
- Kuew teow
- Sebiji telur
- Bawang putih (dicincang)
- Udang
- Fish cake
- Crabstick
- Daun bawang
- Cili api merah
- Kicap
- Garam
- Perencah secukup rasa
- Tepung jagung
- Air
Cara-cara:
1. Goreng kuey teow dengan sebiji telur dan ketepikan terlebih dahulu.
2. Panaskan minyak masak, kemudian masukkan bawang putih yang telah dicincang tadi bersama kicap dan air.
3. Masukkan udang, fishcake, crabstick, garam, perencah secukup rasa dan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan air.
4. Sesuaikan rasa dan curah pada kuey teow goreng tadi, kemudian taburkan daun bawang dan cili api. Siap untuk dihidang!
Resipi Kuey Teow Ladna ini sangat mudah sampaikan mereka yang tak pernah memasaknya sebelum ini pun dapat hasil dengan sedap yang cukup mengagumkan.
Walaupun hidangan ini nampak ringkas, tapi setelah anda hirup kuahnya, pasti meningkat selera sampai boleh licin pinggan dibuatnya.
Manalah tahu anda sudah jemu makan nasi setiap hari, bolehlah tukar selera dengan hidangan sedap seperti ini di rumah.
Sesetengah orang suka makan hidangan mi pada waktu petang, jadi kami yakin hidangan ini pasti dapat memuaskan hati anda untuk nikmatinya bersama keluarga tersayang.
Selamat mencuba!
Sumber: Norfadilah Ibrahim
Baca juga: Resepi Kuey Teow Thng Yang Sedap, Makin Berselera Hirup Kuahnya