“Sedapnya kalau dapat hirup Kuetiau Sup Fishball waktu-waktu ini, nikmat sungguh dengan minyak garlic dan kicap cili”
Sup adalah antara hidangan yang paling universal. Tak kira kanak-kanak mahupun orang tua, semua boleh makan hidangan ini. Boleh digadingkan dengan mee, bihun, kuewtiau, nasi dan macam-macam lagi.
Baca juga: Sup Ayam Tumis Darat 15 Minit Siap! Cara Paling SIMPLE Dan Senang Buat
Ikuti resipi dari perkongsian Encik Zulkifli Mat menerusi laman Facebook ini. Memang mudah dan ringkas cara penyediaannya.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan air dalam periuk dan rebus isi ayam dan tulang sampai mendidih dan campaklah fishball dan fishcake ke dalamnya. Tak perlu tumis apa-apa. Tambah garam secukup rasa atau masukkan 1 kiub pati ayam kalau sudi. Kacau dan tutup api.
2. Dah siap. Cuma nak best kena makan ni dengan minyak bawang putih dan juga cili kicap. Nak buat pun mudah sangat.
Cara buat minyak bawang putih:
Hiris 1 labu bawang putih. Masukkan minyak dalam kuali dan masukkan terus bawang putih dan barulah hidupkan api paling perlahan. Kacau sesekali sampailah bawang bertukar kekuningan dan matikan api. Jangan sampai bawang bertukar perang keemasan. Siap.
Cara buat cili kicap:
Bakar seulas bawang putih dan masukkan ke dalam bekas. Potong cili ikut kesukaan, lepas tu letaklah kicap banyak mana yang suka. Perah sedikit limau.
Siap.
Hidangkanlah kuewtiau tadi bersama ayam yang dicarik, fishball dan fishcake, ihirisan daun bawang dan daun sup bersama sayuran seperti sawi atau taugeh.
Letaklah minyak bawang putih dan cili kicap sesedap rasa. Makanlah, hiruplah dan nikmatilah dengan penuh rasa bahagia.
Selamat mencuba!
Baca juga: Sup Ayam Singo Pear, ‘Superfood’ Untuk Legakan Demam Dan Batuk Berkahak
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…