kuetiau basah seafood

Bila dah bosan hari-hari makan nasi dengan lauk, mulalah tekak terasa teringin sangat masakan panas yang mudah seperti kuetiau basah seafood.

Lagi sedap kuetiau basah itu bukan sahaja ada campuran kerang tetapi meriah dengan udang dan sotong. Senang cerita, bila makan, memang menambah.

Salah satu cara untuk bagi rasa lagi sedap adalah makan panas-panas bersama cili jeruk. Sedapnya!

Jom baca resipi penuh di bawah ini.

Baca lagi: Resipi Kek Ros Santan Lembut & Cair Di Mulut, Bau Harum Semerbak Satu Rumah!

RESIPI KUETIAU BASAH SEAFOOD

Bahan-bahan:

  • ½ kg kuetiau
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 biji telur
  • Segenggam taugeh
  • Kucai secukupnya
  • Udang segar
  • Sotong segar
  • 1 biji tomato (dibelah 4 atau 6)
  • 1 batang cili merah (dihiris)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar kicap manis (agak-agak)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Garam secukup rasa (boleh letak atau tidak)
  • 1 sudu besar gula (agak-agak)
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • Sedikit air (jika perlu)

Cara Penyediaan:

1.  Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali.

2.  Pecahkan telur ke dalam kuali dan goreng sehingga hancur. Angkat dan ketepikan.

3.  Tumiskan bawang putih yang telah diketuk sehingga naik bau yang wangi.

4. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak, menandakan cili sudah masak sempurna.

5.  Tambahkan udang dan sotong, kemudian masak sehingga kedua-duanya masak.

6. Masukkan kicap manis, sos tiram, sos cili, sos tomato, dan sos ikan. Gaul rata dan perasakan dengan garam, gula, dan serbuk perasa. Jika perlu, tambahkan sedikit air untuk seimbangkan kepekatan kuah.

7. Masukkan taugeh, kucai, kuetiau, tomato, cili merah, dan telur yang telah digoreng tadi. Gaul kesemuanya sehingga sebati dan masak dengan sempurna.

8.  Setelah semuanya masak dan kuah sudah meresap, angkat dan hidangkan kuetiau basah seafood ini.

Sumber: Nurul Ateekah

Baca lagi: Sambal Udang Bersantan, Letak Pula PETAI, Memang Buat Makan Bertambah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN